ALOR SETAR: Seorang anggota bomba mengalami sesak nafas manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran di sebuah gudang perabot di Jalan Padang Temusu di Sungai Petani, dekat sini pada Selasa.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, anggota terbabit, Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Muhammad Fazri Zulkefli, 31, dan seorang lagi mangsa berusia lingkungan 40-an yang mengalami kecederaan di bahagian pergelangan tangan bagaimanapun telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Beliau memberitahu, seorang mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) menggunakan Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani dan seorang lagi dihantar ke klinik berhampiran oleh EMRS BBP Tikam Batu.
“Pihak kami menerima panggilan kecemasan kejadian kebakaran gudang perabot itu kira-kira jam 12.03 tengah hari.
“Sepasukan anggota dan pegawai BBP Sungai Petani dan BBP Tikam Batu diarahkan ke lokasi bagi memadamkan kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Tambah beliau, kebakaran didapati melibatkan sebuah gudang perabot kelas B dengan anggaran kemusnahan 60 peratus keseluruhan bangunan.
“Susulan itu, komander operasi menggunakan sumber air dari ‘water tanker’ dar BBP Sungai Petani dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) yang terlibat bagi memadamkan kebakaran.
"Operasi pemadaman berjaya dikawal kira-kira jam 12.49 tengah hari," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 31 2022
Keadaan sebuah gudang perabot yang terbakar di Jalan Padang Temusu, Sungai Petani, pada Selasa. - Foto Sinar Harian
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.
Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singa
Gelagat video Riley Kay Scott yang dimuat naik dalam platform X oleh ibunya mencetuskan pelbagai komen lucu.
Niaga AWANI: Meneliti dinamika ekosistem pekerjaan di era teknologi
Teknologi pesat ketika ini memerlukan sektor buruh di negara ini beradaptasi, dan tidak menjadikannya sebagai halangan dalam meningkatkan produktiviti.
Lebih 3,000 rai sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan
Suasana meriah di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
AWANI Ringkas: Sultan Nazrin dilantik Pengerusi MKI untuk 2 tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Niaga AWANI: Sejauh mana reformasi dasar diperlukan untuk tangani cabaran TVET?
Graduan dalam aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kini, mempunyai potensi besar menjadi tenaga mahir negara dalam pelbagai bidang. Apakah langkah yang boleh diambil untuk memastikan kurikulum bidang TVET dapat memenuhi keperluan industri semasa serta dapat mempersiapkan graduan bagi menghadapi pelbagai cabaran dalam pasaran pekerjaan?
Niaga AWANI: Pekerja Kesuma Bangsa: Lonjakkan kesejahteraan pekerja, produktiviti organisasi
Bagaimana untuk memahami hubungan antara kesejahteraan pekerja dan produktiviti organisasi, terutamanya dalam konteks Malaysia?
Agong, Raja Permaisuri zahir penghargaan kepada warga pekerja
Seri Paduka Baginda berdua bertitah warga pekerja adalah pemacu pertumbuhan Malaysia ke tahap yang lebih baik.
Boleh guna kad debit, kredit di semua kaunter khidmat pelanggan - Rapid Rail
Kaedah pembayaran baharu ini bertujuan untuk memberi kemudahan dan meningkatkan kecekapan proses pembelian untuk pengguna Rapid KL.
Bekas pemain yakin Arne Slot pilihan tepat buat Liverpool
Feyenoord dan Liverpool dilaporkan minggu lalu mencapai persetujuan pada dasarnya untuk Slot mengambil alih daripada Jurgen Klopp musim depan.
Anggota bomba sesak nafas, lelaki cedera gudang perabot terbakar
Kebakaran didapati melibatkan sebuah gudang perabot kelas B dengan anggaran kemusnahan 60 peratus keseluruhan bangunan.