NATIONAL
Anggota FRU maut kemalangan: Lori pasir alami kegagalan fungsi stereng - Polis

Kejadian berlaku pada jam 8.51 pagi ketika lori FRU Unit 5 dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas penugasan di Teluk Intan. - Gambar/ APM Hilir Perak
TELUK INTAN: Kegagalan fungsi stereng sebuah lori pasir dipercayai menjadi punca nahas yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus–Sungai Lampam di sini pada Selasa.
Ringkasan AI
- Kegagalan fungsi stereng lori pasir dipercayai menyebabkan nahas yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan ChikusSungai Lampam.
- Kejadian berlaku pada jam 8.51 pagi ketika lori FRU Unit 5 dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas penugasan di Teluk Intan.
- Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan pasukan telah dirempuh dari hadapan oleh lori pasir terbabit yang dipercayai mengalami kegagalan fungsi stereng,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
“Polis Perak menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat,” katanya. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami