Seorang anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dituduh menerima suapan sebanyak RM1,000 diarah untuk membela diri di Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah.
Hakim Azhar Mokhtar memerintahkan Subri Baharom membela diri di atas tuduhan menerima suapan daripada Muhamad Shafik Shaharani di sebuah kiosk makanan di daerah Langkawi pada pukul 12.40 tengah hari, 28 November 2012 lalu.
Suapan tersebut diterima oleh Subri yang bertugas sebagai Pembantu Penguatkuasa di JPJ cawangan Langkawi sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas sebuah kereta Kancil milik Muhamad Shafiq yang ditahan kerana cukai jalan tamat tempoh.
Subri yang diwakili peguam Firdaus Razak diarahkan memberi keterangan membela diri pada 14 Disember ini.
Tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar pada 12 Februari lalu.
Pendakwaan dikemukakan pegawai pendakwaraya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrul Khuzaini Amiruddin mengikut seksyen 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda lima kali ganda jumlah nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
Tertuduh diikat jamin RM8,000.
Astro Awani
Sun Oct 26 2014
Seorang anggota penguatkuasa JPJ yang dituduh menerima suapan sebanyak RM1,000 diarah untuk membela diri di Mahkamah Sesyen Alor Setar.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Anggota JPJ diperintah bela diri kes rasuah
Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dituduh menerima suapan sebanyak RM1,000 diarah untuk membela diri di Mahkamah Sesyen Alor Setar.