awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota JPJ menyamar penumpang pantau pemandu

Sinar Harian
Sinar Harian
19/04/2023
09:34 MYT
Anggota JPJ menyamar penumpang pantau pemandu
Kaedah penyamaran dilaksanakan bagi memantau kelakuan pemandu dan kesalahan yang dilakukan oleh mereka bermula pada 18 April sehingga 27 April ini. -Gambar hiasan
SHAH ALAM: Menyamar sebagai penumpang antara taktik digunakan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengenal pasti serta mengambil tindakan ke atas pemandu bas yang didapati melakukan kesalahan jalan raya sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri.
Timbalan Pengarah JPJ Negeri Selangor, Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, kaedah penyamaran itu didapati berkesan bagi memastikan tindakan segera dapat diambil terhadap pemandu bas yang melakukan kesalahan.
Menurutnya, kaedah berkenaan dilaksanakan bagi memantau kelakuan pemandu dan kesalahan yang dilakukan oleh mereka bermula pada 18 April sehingga 27 April ini.
"Antara kesalahan yang sering dikesan menerusi kaedah penyamaran dijalankan sebelum ini adalah pemandu memandu di lorong kanan secara berterusan, tiada pemandu kedua bagi pemanduan melebihi 300 kilometer atau empat jam perjalanan, pemandu merokok dan tidak memakai kasut, penggunaan telefon bimbit semasa memandu dan tiada lesen Lesen Vokasional Kenderaan (PSV).
"Dengan kaedah penyamaran ini tindakan saman dapat terus dilaksanakan terhadap pemandu yang didapati melakukan kesalahan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pelancaran Ops Hari Raya Aidilfitri 2023 di Terminal Bas Seksyen 17 di sini pada Rabu.
Katanya, seramai 325 anggota JPJ akan digerakkan sepanjang pelaksanaan operasi tersebut.
"Objektif utama operasi adalah memastikan pergerakan pengguna jalan raya supaya selamat sampai ke destinasi selain memastikan kelancaran dan kecekapan operasi pengangkutan awam.
"Antara kesalahan utama yang disifatkan sebagai kesalahan utama penyebab kemalangan adalah tidak mematuhi lampu isyarat, tidak mematuhi had laju, memotong garisan berkembar, guna telefon bimbit semasa memandu dan beberapa kesalahan lain," katanya.
Jelas beliau, pihaknya turut menfokuskan kepada 23 lokasi kawasan kerap kemalangan di negeri ini dengan menempatkan anggota JPJ bagi menjalankan pemantauan.
"Rondaan secara berkala akan dijalankan melibatkan lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan puluhan jalan persekutuan serta jalan negeri.
"JPJ amat mengalukan kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat sekaligus membantu mengurangkan risiko berlakunya kemalangan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#JPJ
#kaedah penyamaran
#pemandu bas
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan