SHAH ALAM: Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan berpendapat barisan kabinet yang berkaliber, kompeten dan bersih amat penting untuk memberi keyakinan kepada rakyat dan pelabur.
Justeru katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memastikan barisan menteri dibarisi oleh mereka yang benar-benar berkelayakan, berkredibiliti dan tidak terpalit dengan skandal rasuah.
Jelasnya, sudah tiba masanya Malaysia mempunyai menteri yang memiliki kriteria berkenaan dalam memacu negara ke arah lebih unggul.
Oleh kerana ini kerajaan perpaduan, pelantikan sebagai menteri dalam kabinet harus dibincang dengan pucuk pimpinan parti. Tetapi sesiapa yang dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri perlu ada kelayakan dan kebolehan untuk membuat kerja.
"Pucuk pimpinan setiap parti harus sedar perkara ini sebelum mencadangkan nama-nama kepada Perdana Menteri," katanya kepada Rasuah Busters pada Ahad.
Dalam pada itu, menurut penganalisis politik daripada Universiti Sultan Zainal Abidin, (UniSZA) Dr Hussain Yusri Zawawi, menjadi harapan rakyat untuk negara memiliki pemimpin yang benar-benar menguasai ilmu dalam bidang berkelayakan sebelum dilantik menjadi menteri.
"Tapisan pemimpin perlu dilakukan dengan sebaik mungkin dengan melihat petunjuk prestasi utama (KPI) dan idea baru yang ditunjukkan sebelum ini ke arah pemerkasaan pentadbiran yang berkesan.
"Kegagalan mencalonkan pimpinan politik berkelayakan memberi impak yang besar kepada kabinet Anwar seperti 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan," katanya.
Tambahnya, pemilihan pemimpin ke dalam kabinet Anwar sepatutnya dibuat dengan penilaian yang betul tanpa campur tangan politik dan kepentingan tertentu.
"Pentadbiran negara memerlukan pemimpin yang boleh menguruskan negara dengan lebih berkesan dan efektif agar kelemahan sebelum ini dapat di tambah baik serta berstrategik," katanya.
Anwar pada Jumaat memberitahu beliau mengambil pendekatan tidak tergesa-gesa dalam memuktamadkan senarai kabinet bagi mengelak lantikan tertentu atas tujuan memberi 'ganjaran' berlebihan.
Sebelum ini, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, memaklumkan kerajaan yang diterajuinya akan memiliki saiz kabinet yang lebih kecil serta mengusulkan supaya gaji menteri berkenaan nanti dikurangkan susulan perkembangan situasi ekonomi kini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Nov 28 2022
Barisan kabinet yang berkaliber, kompeten dan bersih amat penting untuk memberi keyakinan kepada rakyat dan pelabur. - Foto fail
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
#SuaraMalaysia: 56 peratus tumpuan kepada kos sara hidup
Kos sara hidup setiap lapisan masyarakat terus menjadi tumpuan utama menjelang pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari ini.
Sesi sekolah 8 pagi: Kekalkan tempoh belajar, namun semak semula silibus
Tempoh pembelajaran di sekolah perlu dikekalkan jika sesi persekolahan dicadangkan bermula jam 8 pagi.
#SuaraMalaysia: 85 peratus pilih peningkatan kos makanan paling meresahkan rakyat
Cabaran ekonomi pada tahun 2023 banyak memberi impak kepada sikap pengguna dalam berbelanja. Realitinya, menentukan keutamaan perbelanjaan isi rumah perlu dibuat dengan sebaiknya.
Keabsahan Anwar sudah terbukti, ini masa untuk tumpu pada negara - Shafie Apdal
Shafie berkata, keabsahan Anwar beri tanggapan positif kepada masyarakat luar, serta meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap negara
Masyarakat belum bersedia ambil langkah berkesan cegah banjir - Pakar
Kerajaan dan masyarakat dilihat masih belum bersedia untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan banjir secara berkesan meskipun bencana itu diramal boleh berlaku pada bila-bila masa.
Majoriti barisan Timbalan Menteri muka baharu
Senarai 27 timbalan menteri yang akan menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyaksikan majoritinya terdiri daripada muka baharu.
Rodziah tak harap jawatan timbalan menteri
Semua pihak perlu memberikan ruang seluasnya kepada Anwar untuk memilih pasukan beliau termasuk dalam mengisi jawatan timbalan menteri.
Usul keabsahan tiada dalam undang-undang, tapi kelebihan PM sebagai Ketua Majlis Mesyuarat - Wan Junaidi
Ketua Majlis Mesyuarat punyai kelebihan untuk membawa dan mendahulukan sebarang usul yang dirasakan penting untuk rakyat dan negara.
Zahid janji bantu mangsa banjir kilat, Rara ucap terima kasih
Banjir kilat yang melanda Felda Sungai Kemahal di Bentong mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Tangani isu pendapatan dengan beri penekanan aspek pendidikan
Isu pendapatan bukan mudah untuk diselesaikan memandangkan ia isu universal yang dialami seluruh dunia ketika ini dan sukar untuk ditangani.