KUALA LUMPUR: Biarpun peristiwa berdarah Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah sudah 10 tahun berlalu namun perasaan sedih, marah dan dendam masih dirasai Koperal Mohd Qaiyum A'iqal Zolkipli yang terlibat dalam penugasan misi Op Daulat.
Mohd Qaiyum A'iqal, anggota Komando 69 juga dikenali sebagai VAT 69, sukar untuk menerima kenyataan kehilangan dua rakan seperjuangan dalam kejadian itu iaitu ASP Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin Daud yang terkorban dalam operasi bagi memerangi pengganas Sulu pada awal 2013.
"Semasa saya bersama pasukan sedang bertempur di Tanduo, Lahad Datu, tiba-tiba pasukan kami dimaklumkan ada anggota yang tumbang iaitu kedua-dua arwah Zulkifli dan Sabaruddin.
"Apabila saya dapat tahu kedua-dua rakan seperjuangan sudah tiada, saya jadi bersemangat, marah dan geram terhadap pengganas Sulu," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Mohd Qaiyum A'iqal yang masih berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia di Cawangan Kem Komandan 69 Komando di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta Perak berkata beliau turut cedera di bahu kanan terkena tembakan musuh ketika dalam pertempuran berkenaan.
Mengenai kenangan bersama Allahyarham Zulkifli, Mohd Qaiyum A'iqal berkata, mereka berdua memang rapat selain mempunyai hobi sama iaitu suka kepada motosikal berkuasa tinggi.
"Kenangan yang masih segar dalam ingatan saya sehingga kini adalah sebelum kami berlepas ke Sabah di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur), arwah (Zulkifli) ada pesan dan berjanji akan pulang sekali selepas tamat Op Daulat.
"Dia cakap begini: 'Qaiyum nanti kita balik sama-sama ya' dan dia peluk saya selepas itu. Kami naik penerbangan sekali dan arwah banyak bercerita mengenai motosikal berkuasa tinggi, saya pun minat dengan motor besar ini," katanya.
Beliau berkata sewaktu pantomim peristiwa Lahad Datu dilakonkan kembali sempena Peringatan Hari Polis ke-216 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, baru-baru ini, sememangnya beliau amat terkenangkan arwah Zulkifli dan Sabaruddin.
"Apabila pantomim dilakonkan kembali, begitulah keadaan sebenar yang berlaku di Lahad Datu dan setiap kali pantomim dimainkan, suara arwah Zulkifli masih terngiang-ngiang dalam ingatan saya semasa kami bersama," katanya.
Bercerita lanjut mengenai penglibatannya dalam Op Daulat itu, beliau memaklumkan ia merupakan misi pertama disertainya selepas tamat latihan khas komando.
"Waktu itu, saya baru habis latihan asas komando dan pada masa sama telah berlaku insiden penceroboh Lahad Datu. Saya tahu operasi (Op Daulat) ini merupakan operasi yang besar dan perlu digalas kerana melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara," katanya.
Beliau berkata, tugasnya dalam Op Daulat adalah sebagai anggota penjejak yang bertujuan menjejak bilangan dan kekuatan musuh.
"Antara tugas saya sebagai anggota penjejak adalah perlu menjejak bilangan dan mengetahui kekuatan musuh seperti senjata apa yang dipakai musuh, kubu dan kedudukan musuh," katanya.
Pada Feb 2013, Malaysia dikejutkan dengan pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu, yang membawa kepada pertempuran pada 1 Mac di Kampung Tanduo mengakibatkan 10 perwira negara terbunuh dan 68 pengganas Sulu maut.
Konflik itu diisytiharkan tamat pada 10 April 2013.
Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 peristiwa berdarah berkenaan. - BERNAMA
Bernama
Sun Apr 02 2023
Gambar fail menunjukkan angkatan tentera melancarkan serangan di kawasan pengganas yang masih bersembunyi di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah. - Gambar fail BERNAMA
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
13 Mei jadi bahan bualan laman sosial
Sempena 13 Mei yang merekodkan peristiwa hitam buat negara, pelbagai kata-kata positif dikongsikan rakyat menerusi laman sosial.