awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota Malbatt 850-12 dikhuatiri cedera terkena serpihan letupan di Lubnan

Bernama
Bernama
07/11/2024
15:28 MYT
Anggota Malbatt 850-12 dikhuatiri cedera terkena serpihan letupan di Lubnan
Difahamkan insiden tersebut berlaku ketika anggota kumpulan pertama MALBATT 850-12 dalam perjalanan ke kem tugasan sebelum berlaku letupan yang mengakibatkan beberapa anggota mengalami kecederaan. -fotoREUTERS
KUALA LUMPUR: Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 yang baharu tiba bagi menyambung misi pengaman di Lubnan terkena serpihan letupan di sekitar kawasan lapangan terbang negara itu pada kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa satu kenyataan media daripada Markas Angkatan Tentera Bersama akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Difahamkan insiden tersebut berlaku ketika anggota kumpulan pertama MALBATT 850-12 dalam perjalanan ke kem tugasan sebelum berlaku letupan yang mengakibatkan beberapa anggota mengalami kecederaan.
Semalam, penghantaran pertama pasukan MALBATT 850-12, melibatkan 220 pegawai dan anggota lain-lain pangkat dilakukan bagi meneruskan misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Penugasan dan penghantaran pasukan MALBATT 850-12 diatur gerak secara berperingkat ke Lubnan, bermula semalam hingga 18 Nov ini.
Topic Berkaitan
#MALBATT 850-12
#Mohamed Khaled Nordin
#trup UNIFIL
#Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan