Pelantikan Datuk Henry Sum Agong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali seorang pemimpin dari komuniti Lun Bawang dilantik ke jawatan tersebut di peringkat persekutuan.
Ahli Parlimen Lawas itu ketika dihubungi Bernama melahirkan rasa syukur dan bangga kerana diberi kepercayaan oleh pemimpin peringkat tertinggi Barisan Nasional (BN) untuk menyumbang khidmat di peringkat persekutuan.
Menurutnya seluruh penduduk Lawas merasa bangga dengan penghormatan ini dan amat menghargai komitmen pemimpin peringkat persekutuan dan dan juga negeri, terutama Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, yang banyak memberikan sokongan untuk pembangunan kawasan Lawas.
Henry, yang juga pengerusi Lembaga Lada Hitam Malaysia, berkata antara isu-isu yang akan diberi keutamaan beliau nanti ialah yang berkaitan dengan penyeludupan di sempadan Sarawak dan Sabah, dengan negara jiran Indonesia.
Dilahirkan pada 1946 di Long Tuan, Trusan, kira-kira 20km dari Bandar Lawas di utara Sarawak, beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang kerani, sebelum meniti arus kecemerlangan sehingga dilantik sebagai Setiausaha Majlis Daerah Lawas pada tahun 1990-an.
Anggota Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) itu menyertai PBB, parti utama komponen BN Sarawak, pada tahun 1983 di peringkat cawangan Long Tuan, Trusan.
Beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU-10) di kawasan Parlimen Bukit Mas pada tahun 1999, dan menang dengan majoriti besar sebelum mempertahankan kerusi itu tanpa bertanding pada PRU-11.
Henry, yang menerima anugerah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) daripada kerajaan Sarawak yang membawa gelaran 'Datuk' pada tahun 2008, kemudiannya terus menjadi anggota Parlimen kawasan berkenaan yang ditukar namanya kepada kawasan Parlimen Lawas, selama dua penggal lagi selepas menang pada PRU-12 dan 13.
Sementara itu di MIRI, Presiden Persatuan Lun Bawang Sarawak (PLBS), Ipoi Datan menyifatkan pelantikan itu merupakan satu sejarah kepada komuniti itu serta mengiktiraf sumbangan masyarakat minoriti terhadap pembangunan negara.
"Pelantikan ini adalah tepat kerana beliau (Henry) telah memberi sumbangan yang baik kepada masyarakat sepanjang menjadi wakil rakyat selama empat penggal," katanya Ipoi berkata sebelum ini kerajaan pernah melantik seorang wakil rakyat dari komuniti Orang Ulu, iaitu satu lagi komuniti minoriti di Sarawak, ke jawatan timbalan menteri.
Beliau berkata Datuk Jacob Dungan Sagan, bekas Ahli Parlimen Baram. adalah dari komuniti Orang Ulu yang pernah memegang portfolio Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 2008.
Menurutnya pelantikan terbaru ini membuktikan kerajaan sentiasa prihatin kepada kepentingan semua pihak, tanpa mengira dari komuniti mana sekalipun.
Bernama
Tue Jun 28 2016
Antara isu-isu yang akan diberi keutamaan Datuk Henry Sum Agong (gambar) nanti ialah yang berkaitan dengan penyeludupan di sempadan Sarawak dan Sabah, dengan negara jiran Indonesia.
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.