awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir, sistem pengangkutan huru-hara akibat ribut besar di Sepanyol dan Portugal
Penyelam teknikal masuki feri karam di selatan Filipina, angka kematian meningkat kepada 45
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota PGA maut ditembak: Reman terhadap 15 suspek warga tempatan disambung

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
28/11/2020
10:25 MYT
Anggota PGA maut ditembak: Reman terhadap 15 suspek warga tempatan disambung
Perintah reman ke atas 15 warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian serangan ke atas dua anggota PGA disambung hingga 2 Dis depan.
KANGAR:Perintah reman ke atas 15 warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian serangan ke atas dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di kawasan sempadan Malaysia-Thailand yang dijadualkan tamat pada hari ini disambung sehingga 2 Disember depan.
Perintah sambung reman terhadap kesemua suspek yang berusia antara 19 hingga 37 dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah di bilik reman Kompleks Mahkamah Kangar pada Sabtu.
Kesemua suspek sebelum ini diperintahkan untuk menjalani tahanan reman selama empat hari bermula Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas menjelaskan, kesemua suspek akan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini, bagi melaksanakan beberapa prosedur yang akan dijalankan pihaknya.
Ia termasuk pengambilan ujian darah dan saringan COVID-19 selain beberapa prosedur siasatan dalaman oleh pihak polis.
Tambah beliau, perintah reman terhadap tiga lagi suspek warganegara Thailand yang ditahan bersama 15 individu warga tempatan itu akan tamat pada minggu hadapan.
Saifudin turut menyatakan bahawa pihaknya setakat ini telah menahan 22 individu termasuk empat warga Thailand bagi mengambil keterangan berhubung kejadian yang telah mengakibatkan seorang anggota PGA maut dan seorang lagi anggota cedera parah.
BACA: Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand
BACA: Anggota PGA maut ditembak: 18 individu direman empat hingga tujuh hari
Turut ditahan sebelum ini ialah seorang ketua kumpulan sindiket penyeludupan daun ketum dan dadah yang bergiat secara aktif di negeri Perlis selain mempunyai rangkain dengan kumpulan penyeludup di negara Thailand.
Selasa lalu, seorang anggota PGA yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar, terbunuh akibat ditembak kumpulan penyeludup.
Ketika kejadian kira-kira jam 3.10 pagi, mangsa, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Sarjan Norihan Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah.
Topic Berkaitan
#anggota PGA maut ditembak
#sambung reman
#Pasukan Gerakan Am
#PGA
#warga tempatan
#Polis Daerah Padang Besar
#Hospital Tuanku Fauziah
#COVID-19
#sempadan Malaysia-Thailand
#Koperal Baharuddin Ramli
#Sarjan Norihan Tari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan