awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis dipenjara lima tahun, satu sebatan miliki senjata berbahaya

Bernama
Bernama
03/11/2025
12:45 MYT
Anggota polis dipenjara lima tahun, satu sebatan miliki senjata berbahaya
Seorang anggota polis berpangkat konstabel dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen kerana memiliki senjata berbahaya tanpa kebenaran. - Foto hiasan
KUCHING: Seorang anggota polis berpangkat konstabel dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memiliki senjata berbahaya tanpa kebenaran.
Hakim Iris Awen Jon menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Hastree Mohamad, 36, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki sebilah parang tanpa alasan munasabah sewaktu pemeriksaan polis di parkir kereta berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching pada 29 Sept lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun tidak melebihi 10 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Aiman Mutalib Muhammad Shariff, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Dalam prosiding berasingan di Mahkamah Majistret, Mohd Hastree turut dijatuhi hukuman penjara dua minggu oleh Majistret Ling Hui Chuan selepas mengaku bersalah tidak hadir bertugas sebagai anggota polis tanpa sebab munasabah selama lima bulan, dari 14 Mei hingga 29 Sept lepas.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 86 Akta Polis 1967 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 12 bulan, jika sabit kesalahan.
Kes berkenaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Chuah Kai Sheng manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota polis
#dipenjara
#miliki senjata
#sebatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan