awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis ditikam ketika lakukan rondaan

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
31/07/2025
10:40 MYT
Anggota polis ditikam ketika lakukan rondaan
Gambar tular memaparkan anggota polis cedera ditikam suspek di Jalan Pudu pada Khamis. - Ihsan pembaca
KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis cedera selepas ditikam seorang lelaki semasa menjalankan pemeriksaan di Jalan Pudu, di ibu negara petang tadi.

Ringkasan AI
  • Anggota polis ditikam ketika rondaan cegah jenayah: Mangsa ditikam di perut oleh suspek semasa pemeriksaan di Jalan Pudu dan kini dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz.
  • Suspek berjaya diberkas berhampiran lokasi kejadian: Lelaki berusia 56 tahun itu memiliki 14 rekod jenayah lampau dan polis turut merampas pisau yang digunakan.
  • Kenyataan rasmi akan dikeluarkan: Ketua Polis Daerah Wangsa Maju akan mengeluarkan kenyataan media berhubung insiden dalam masa terdekat

Dalam kejadian jitu, anggota dari Balai Polis Pudu sedang menjalankan tugas Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) sebelum ditikam di bahagian perut menggunakan pisau.
Suspek bertindak melarikan diri sejurus menikam mangsa, namun berjaya diberkas tidak jauh dari lokasi kejadian hasil tindakan pantas pasukan polis.
Mangsa segera dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras bagi mendapatkan rawatan lanjut, manakala polis turut merampas pisau yang digunakan suspek.
Siasatan awal mendapati suspek berusia 56 tahun itu memiliki 14 rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan dadah dan jenayah harta benda.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail memaklumkan satu kenyataan media berhubung insiden ini akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#Polis ditikam diperut
#Jalan Pudu
#rekod jenayah
#lakukan rondaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan