awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota Rela didakwa bunuh bekas Ketua Bahagian MCA Marang

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
04/08/2021
04:22 MYT
Anggota Rela didakwa bunuh bekas Ketua Bahagian MCA Marang
Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan mahkamah menetapkan 13 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - Astro AWANI
MARANG: Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang didakwa menembak mati bekas Ketua Bahagian MCA Marang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Marang pada Rabu.
Bagaimanapun tertuduh, Ong Chow Lee, 56, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Fong Swee Fuan, 65, di sebuah bangsal di Taman Raya Wakaf Tapai, Marang.
Kesalahan itu dilakukan pada jam 1.55 petang pada 23 Julai lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan dan mahkamah menetapkan 13 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki maut manakala anak saudaranya parah selepas ditembak jirannya dipercayai menggunakan senapang patah dalam kejadian di Taman Raya Wakaf Tapai, Marang, 23 Julai lalu.
BACA: Reman suspek tembak mati bekas Ketua Bahagian MCA disambung
BACA: Bekas Ketua Bahagian MCA Marang maut ditembak, anak saudara parah
Mangsa yang juga bekas Ketua Bahagian MCA Marang yang cedera di dada disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Manakala, anak saudaranya, Teo Hock Beng, 45, parah di dada akibat terkena tembakan sama.
Topic Berkaitan
#bunuh
#RELA
#MCA
#mahkamah
#Ong Chow Lee
#Fong Swee Fuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan