awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota trafik jumpa dadah RM257,000 tepi jalan

Bernama
Bernama
27/12/2022
12:10 MYT
Anggota trafik jumpa dadah RM257,000 tepi jalan
Polis percaya dadah berkenaan ditinggalkan oleh suspek di tepi jalan sementara menunggu 'snapcheck' oleh polis trafik yang bertugas di kawasan berkenaan menamatkan tugas. - Gambar/ PDRM
KUALA TERENGGANU: Pasukan penguat kuasa trafik menjalankan tugas 'Snapcheck' menemukan dadah jenis ganja seberat 102.83 kilogram dianggarkan bernilai lebih RM257,000 yang ditinggalkan di tepi jalan di kawasan Kampung Bukit Jong menghala ke Tol Plaza Gemuruh, di sini, Ahad Lalu.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa, berkata empat anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu yang menjalankan 'Snapcheck' bermula 2.30 pagi hingga 4 pagi menemui dadah berkenaan.
"Semasa membuat rondaan di susur masuk menghala ke Plaza Tol Gemuruh dari arah Kuala Terengganu menuju Ke Kuantan, anggota tersebut telah menemui lima bungkusan plastik hitam dalam keadaan mencurigakan di atas tanah di tepi penghadang jalan.
"Hasil pemeriksaan mendapati setiap satu plastik hitam mengandungi 101 bungkus ketulan mampat tumbuhan kering yang disyaki dadah jenis ganja," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Rohaimi berkata beliau percaya dadah berkenaan ditinggalkan oleh suspek di tepi jalan sementara menunggu 'snapcheck' oleh polis trafik yang bertugas di kawasan berkenaan menamatkan tugas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota trafik jumpa dadah
#ganja
#terengganu
#Kampung Bukit Jong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan