awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
POLITIK
PRN Sabah: PH, BN kini pada peringkat akhir rundingan - Asyraf Wajdi
MALAYSIA
Projek empangan sabo di Baling siap lebih awal, atasi isu banjir
SUKAN
Qatar tuan rumah perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Anggota trafik maut kemalangan ketika operasi banteras samseng jalanan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
28/06/2025
07:00 MYT
Sponsor Banner
Anggota trafik maut kemalangan ketika operasi banteras samseng jalanan
Allahyarham yang bertugas di Bahagian Risikan/Operasi JSPT Kuala Lumpur dan meninggalkan seorang balu serta tiga anak.
KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis trafik maut dalam satu kemalangan semasa menjalankan penugasan Op Samseng Jalanan di sekitar ibu negara awal pagi Sabtu.

Ringkasan AI
  • Seorang anggota polis trafik, Lans Koperal Muhammad Amirul Aiman, maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas semasa menjalankan penugasan Op Samseng Jalanan di Jalan Kuching, Kuala Lumpur sekitar jam 4.30 pagi.
  • Seorang lagi anggota turut terbabas dan mengalami kecederaan ringan; kedua-dua mereka sedang melaksanakan pemantauan aktiviti samseng jalanan yang bermula sejak tengah malam.
  • Allahyarham bertugas di Bahagian Risikan/Operasi JSPT Kuala Lumpur dan meninggalkan seorang balu serta tiga anak; jenazah telah dikebumikan di kampung halamannya di Ajil, Terengganu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lans Koperal Muhammad Amirul Aiman Muhammad Othman, 24, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal yang ditungganginya terbabas di Jalan Kuching, dari arah Jalan Tun Razak menghala ke Selayang, dekat sini kira-kira pukul 4.30 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, berdasarkan siasaran awal, motosikal mangsa hilang kawalan di belaluanrselekoh sebelum melanggar besi penghadang jalan dan terjatuh ke bawah tebing.
“Seorang lagi anggota yang menunggang motosikal di belakangnya turut terbabas dan mengalami kecederaan ringan, kini sedang menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Menurut Mohd Zamzuri ketika kejadian, kedua-dua anggota sedang melaksanakan penugasan pemantauan dan pencegahan aktiviti samseng jalanan sekitar ibu negara yang bermula kira-kira pukul 12 tengah malam.
Difahamkan, Allahyarham Muhammad Amirul Aiman bertugas di Bahagian Risikan/Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang cahaya mata.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di kampung halamannya di Ajil, Terengganu, pada Sabtu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#polis mati
#polis trafik maut
#samseng jalanan
#kemalangan maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami