awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian di Gaza melebihi 50,600 akibat serangan Israel

Bernama
Bernama
04/04/2025
15:00 MYT
Angka kematian di Gaza melebihi 50,600 akibat serangan Israel
Serangan udara tentera Israel ke atas Gaza telah mengorbankan sekurang-kurangnya 86 lagi penduduk Palestin, menjadikan angka kematian akibat perang yang disifatkan sebagai genosid sejak Oktober 2023 meningkat kepada 50,609. - Gambar fail/REUTERS
ANKARA: Serangan udara tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza telah mengorbankan sekurang-kurangnya 86 lagi penduduk Palestin, menjadikan angka kematian akibat perang yang disifatkan sebagai genosid sejak Oktober 2023 meningkat kepada 50,609 orang, lapor Agensi Anadolu yang memetik Kementerian Kesihatan Gaza.
Dalam kenyataan pada Jumaat, kementerian itu memaklumkan bahawa seramai 287 lagi mangsa yang cedera telah dipindahkan ke hospital dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang cedera akibat serangan Israel meningkat kepada 115,063 orang.
"Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan kerana pasukan penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka," menurut kenyataan itu.
Tentera Israel melancarkan kempen serangan udara mengejut ke atas Gaza pada 18 Mac lepas, menyebabkan 1,249 orang terbunuh dan 3,022 lagi cedera, meskipun terdapat perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan kumpulan Hamas yang berkuat kuasa sejak Januari.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#Palestin
#serangan Israel
#perang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan