KUALA LUMPUR: Selepas kali terakhir diadakan pada 1969, Kongres Koperasi Kebangsaan akan kembali dianjurkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) buat kali ketiga pada 23 Jun ini.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata kongres seumpama itu iaitu Kongres Kerjasama Malaysia kali pertama diadakan pada tahun 1966 di Universiti Malaya untuk menubuhkan Kesatuan Koperasi Peringkat Kebangsaan bagi menyatukan semua koperasi dalam satu gerakan lebih menyeluruh.
Beliau berkata hasil Kongres Kerjasama Malaysia ke-2 yang diadakan pada 1969 membawa kepada penubuhan ANGKASA pada 1971.
"Gerakan koperasi telah bertapak di negara ini melebihi 100 tahun dan sudah tiba masanya tumpuan diberikan kepada pembangunan dan isu-isu berkaitan koperasi di negara ini, seterusnya mencari konsensus bagi memperkasakannya.
"Kita berharap, menerusi kongres ini, koperasi berpeluang meneliti semula kerelevanan dan kesesuaian akta serta peraturan koperasi yang digunapakai supaya selari dengan perubahan persekitaran yang dinamik," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Negeri (MAN) 2024 Pahang II (Timur) di Temerloh hari ini, seperti dipetik dalam kenyataan itu.
Menurut Abdul Fattah ANGKASA menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) juga akan bekerjasama dengan agensi di bawah kementerian seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) serta federasi koperasi untuk menjayakan kongres ini.
"Sebagai persediaan, Konvensyen Koperasi Peringkat Negeri akan dilaksanakan di setiap lokasi MAN 2024 untuk memberi peluang kepada perwakilan menyuarakan idea dan pandangan mereka khususnya dalam mengenal pasti isu dan cabaran yang menjadi penghalang kepada pertumbuhan gerakan koperasi," katanya.
MAN 2024 diadakan secara hybrid dan telah bermula pada 27 Feb hingga 2 Mei ini mengikut giliran dimulai dengan Pahang I (Barat).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024
Abdul Fattah berkata, hasil Kongres Kerjasama Malaysia ke-2 yang diadakan pada 1969 membawa kepada penubuhan ANGKASA pada 1971. - Gambar Bernama
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
MEASAT, Mudah Healthtech jalin kerjasama, sedia telekesihatan Sihat Xpress pertama di Malaysia
Lebih 1,000 penduduk di Kampung Togop Darat 1, Ranau menikmati kemudahan kesihatan menerusi perkhidmatan telekesihatan Sihat Xpress yang pertama diperkenalkan di Malaysia.
CIDB KL buka 91 kertas siasatan pelbagai kesalahan
Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
Angkasa sedia bantu PIBG sekolah rendah tubuhkan koperasi
Angkasa bersedia membantu kira-kira 7,780 PIBG di peringkat sekolah rendah kebangsaan seluruh negara bagi menubuhkan koperasi.
Angkasa wujudkan rantaian perkhidmatan ekosistem kredit koperasi
Sektor kewangan dan kredit menyumbang lebih 84 peratus kepada perolehan sektor koperasi dalam negara.
Angkasa sasar eksport produk koperasi ke pasaran Asia Pasifik
Ketika ini, Angkasa mempromosi produk ke negara ASEAN seperti Thailand, Vietnam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Brunei dan Singapura.
Hati-hati dengan tawaran pinjaman mudah sambut Aidilfitri - Angkasa
Sempena perayaan Aidilfitri yang bakal disambut umat Islam tidak lama lagi, masyarakat di negara ini diingatkan supaya berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan sebarang tawaran pinjaman wang mudah.
Angkasa mampu jadi koordinator elak peranan 'orang tengah'
Angkasa mempunyai database dengan hampir 10 juta pengguna dan ia diyakini mampu menawarkan harga barangan yang lebih baik kepada pengguna.
Angkasa kenal pasti sembilan koperasi tangani isu kekurangan ayam
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mengenal pasti sembilan koperasi yang boleh ditempatkan dalam industri ternakan ayam bagi menangani krisis kekurangan bekalan ayam di negara ini.
Angkasa gesa tubuh lebih banyak koperasi untuk golongan OKU
Koperasi dapat membantu lebih ramai golongan OKU melalui bidang perniagaan, pelancongan, kewangan, hartanah dan perbankan.
Angkasa bawa semangat baharu sektor koperasi jika dapat lesen bank digital - Noh Omar
Kementerian menyokong penuh hasrat Angkasa untuk memperoleh lesen tersebut daripada Bank Negara Malaysia.
Abdullah Jusoh dilantik CEO baharu Angkasa
Pelantikan ini dibuat oleh Lembaga Angkasa selepas Abdullah menunjukkan prestasi dan kebolehan yang amat baik sepanjang berkhidmat di Angkasa sejak tahun 1988.
Kemuncak juraian meteor Perseids dapat disaksikan lewat malam ini
Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan kemuncak fenomena pancuran meteor Perseids dijangka lewat malam ini hingga awal pagi Jumaat.