awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan

Sinar Harian
Sinar Harian
16/05/2024
08:00 MYT
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
R Dhinesh (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Khamis.
JOHOR BAHRU: Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu lalu.
Tertuduh, R Dinesh, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu kereta Toyota Vios dengan kadar kandungan alkohol dalam badan sebanyak 178 miligram/100 milimeter, 50 miligram melebihi had, daripada had ditetapkan iaitu 128 miligram/100 milimeter sehingga menyebabkan kecederaan kepada Siti Nurul Masyitah Md Elias, 22..
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kilometer 3.5 Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL), di sini pada jam 4.19 petang, 11 Mei lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 44(1A)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987, di mana jika sabit kesalahan boleh hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM50,000 selain hilang kelayakan memandu.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor S Vikineswary manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sebelum itu, pendakwaan meminta jaminan sebanyak RM20,000 ke atas tertuduh selain meminta lesen memandu digantung sehingga kes selesai dan perlu melapor diri di Balai Polis Skudai sebulan sekali.
Tertuduh kemudian merayu jumlah jaminan dikurangkan kerana gajinya sebagai penolong penyelia kilang tidak sampai RM2,000 sebulan.
"Saya tidak ada RM20,000 dan tidak mampu bayar jaminan tinggi kerana kerja jaga stor kilang sahaja. Saya juga perlu tanggung ayah selepas kematian ibu," katanya.
Majistret kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM8,000 dengan seorang penjamin, lesen memandunya digantung sehingga kes selesai selain perlu melapor diri di Balai Polis Skudai sebulan sekali.
Majistret turut menetapkan sebutan semula pada 24 Jun depan bagi penyerahan dokumen dan lantikan peguam tertuduh.
Dalam kejadian pada Sabtu lalu, pelajar semester enam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang itu dirempuh dan diseret sejauh 600 meter pemandu mabuk di Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) menuju ke Southkey, Johor Bahru.
Kemalangan berkenaan menyebabkan anak kelima daripada lapan beradik itu mengalami kecederaan retak bahu kanan, tulang pinggul dan luka di bahagian kaki
Mangsa kini dirawat di sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri.
Siti Nurul Masyitah merupakan atlet kayak dan bot naga Malaysia yang membantu negara memenangi pingat gangsa di Sukan SEA 2023. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#atlet kayak
#pemandu mabuk
#kes mahkamah
#tidak mengaku salah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan