KUALA LUMPUR : Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) akan memperluaskan usaha mengoptimumkan penggunaan teknologi revolusi perindustiran keempat (IR4.0) bagi memanfaatkan anggota badan itu dan juga negara dalam jangka panjang.
Timbalan Presiden Angkasa, Prof Madya Datuk Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik berkata, langkah tersebut bukan sahaja akan membantu masalah tenaga kerja serius yang dihadapi sekarang, malah akan menjamin sekuriti makanan negara.
“Memang tugas kami juga untuk sama-sama (memperkasakan penggunaan IR4.0), sekarang kami ada kerjasama dengan MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia), Lembaga Koko dan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara.
“Dalam pertanian dan perladangan belum tetapi boleh terokai. Jadi, kita boleh jalin kerjasama dengan Koperasi Nammavargal Malaysia Berhad, menggalakkan ahli buat pertanian dan ternakan... koperasi kumpulan pertanian dan penternakan,” kata beliau.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Koperasi Nammavargal Malaysia Berhad dan menyaksikan Majlis Memeterai Perjanjian Kolaborasi Antara Koperasi Nammavargal Malaysia Berhad dan Sakya Agroeconomy Private Limited bagi menerokai dan mengoptimumkan teknologi terkini dalam pertanian dan pemasaran industri pertanian di sini, hari ini.
Bagi pihak Koperasi Nammavargal Malaysia Berhad, perjanjian itu ditandatangani oleh Timbalan Pengerusinya, M.A. Thirumugam dan Setiausaha Koperasi, M, M. Kumaresan manakala Sakya Agroeconomy Private Limited pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sakya Capital Limited, K. Kuresan dan Pengarah Urusannya, Dr Thangarasu Muthamil Selvan.
Abdul Rahman berkata, model digunakan oleh Koperasi Nammavargal Malaysia Berhad dalam aspek mengumpul dan memasarkan hasil pertanian adalah menarik.
“Perkara ini menarik. Peranan koperasi dalam kumpul dan mengedarkan hasil tani, terutama dengan menggunakan teknologi dron dan sebagainya.
“Dengan langkah yang dilakukan oleh koperasi ini juga akan memberi contoh kepada koperasi-koperasi lain,” kata beliau.
Dalam pada itu, Pengerusi Yayasan Nammavar Malaysia, Datuk Vyran T. Raj berkata, menerusi Koperasi Nammavargal Malaysia Berhad, Yayasan Nammavar Malaysia meletakkan sasaran untuk menjalin kerjasama dengan koperasi-koperasi di seluruh negara dalam penggunaan IR4.0 termasuk penggunaan teknologi dron dalam membangunkan industri pertanian dan memasarkan hasil industri tani.
“Kami bersedia untuk menjalin kerjasama dengan Angkasa dan juga koperasi-koperasi di negara ini dalam memperluaskan penggunaan teknologi moden dan terkini, antaranya IR4.0 bagi memajukan sektor pertanian dan hasil tani. Minggu depan kami akan mengadakan dengan beberapa agensi GLC bagi tujuan ini,” kata beliau.
Jelas beliau, pihaknya berpandangan bahawa koperasi-koperasi berteraskan sektor pertanian di Malaysia wajar menerokai IR4.0 bagi meningkatkan pulangan, hasil dan keuntungan demi memanfaat para pemegang taruh.
“Bagi tujuan itu, Yayasan Nammavar Malaysia akan menjalin kerjasama dengan kesemua koperasi dalam negara bagi mengoptimumkan teknologi terkini, sekali gus mencapai objektif kerajaan,” kata beliau.
Malah, kata Vyran, Yayasan Nammavar Malaysia juga percaya bahawa kerjasama Koperasi-Dengan-Koperasi (K2K) ini akan membantu menyelesaikan masalah kekurangan tenaga kerja serius yang disaksikan sekarang, dan pada masa yang sama menyumbang kepada penyelesaian isu sekuriti makanan dalam jangka panjang serta menambah pendapatan ahli koperasi.
G Manimaran
Fri Sep 16 2022
M. Kumaresan dan Thangarasu Muthamil Selvan bertukar-tukar dokumen perjanjian kolaborasi dengan disaksikan oleh Timbalan Presiden Angkasa, Prof Madya Datuk Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Tentera Rusia berundur dari selatan Syria
Sebuah konvoi kenderaan tentera Rusia dilaporkan berundur dari wilayah selatan Syria menuju ke pangkalan tentera di Tartous, bandar pesisir Latakia, utara negara itu.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu mengeluarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah seorang wartawan dari Amerika Syarikat, Austin Tice yang hilang di Syria pada 2012.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Thailand tewaskan Malaysia 1-0
Rekod tanpa kalah skuad bola sepak negara dalam kempen Kumpulan A Piala ASEAN lebur apabila tewas 0-1 kepada Thailand dalam aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok, pada Sabtu malam.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Polis menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM44,200 di hadapan sebuah pasar raya di Bera pada Sabtu.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar pada Sabtu malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Yoon Suk Yeol ikrar lakukan yang terbaik untuk Korea 'hingga ke penamat'
Suk Yeol membuat janji itu ketika berdepan penggantungan tugas selepas Parlimen mengundi untuk mendakwa beliau.
Koperasi sediakan khidmat kewangan berpatutan, ikut peraturan - Angkasa
Koperasi di Malaysia memainkan peranan besar dalam membantu meningkatkan taraf hidup penjawat awam dengan menyediakan perkhidmatan kewangan yang berpatutan.
Angkasa komited bangunkan koperasi untuk kesejahteraan sosioekonomi
Ia selari dengan tema sambutan Hari Koperasi Antarabangsa iaitu "Koperasi Membina Masa Depan Yang Lebih Baik Untuk Semua".
Angkasa sedia bantu PIBG sekolah rendah tubuhkan koperasi
Angkasa bersedia membantu kira-kira 7,780 PIBG di peringkat sekolah rendah kebangsaan seluruh negara bagi menubuhkan koperasi.
Angkasa wujudkan rantaian perkhidmatan ekosistem kredit koperasi
Sektor kewangan dan kredit menyumbang lebih 84 peratus kepada perolehan sektor koperasi dalam negara.
Angkasa sasar eksport produk koperasi ke pasaran Asia Pasifik
Ketika ini, Angkasa mempromosi produk ke negara ASEAN seperti Thailand, Vietnam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Brunei dan Singapura.
Hati-hati dengan tawaran pinjaman mudah sambut Aidilfitri - Angkasa
Sempena perayaan Aidilfitri yang bakal disambut umat Islam tidak lama lagi, masyarakat di negara ini diingatkan supaya berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan sebarang tawaran pinjaman wang mudah.
Angkasa mampu jadi koordinator elak peranan 'orang tengah'
Angkasa mempunyai database dengan hampir 10 juta pengguna dan ia diyakini mampu menawarkan harga barangan yang lebih baik kepada pengguna.
Angkasa kenal pasti sembilan koperasi tangani isu kekurangan ayam
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mengenal pasti sembilan koperasi yang boleh ditempatkan dalam industri ternakan ayam bagi menangani krisis kekurangan bekalan ayam di negara ini.
Angkasa gesa tubuh lebih banyak koperasi untuk golongan OKU
Koperasi dapat membantu lebih ramai golongan OKU melalui bidang perniagaan, pelancongan, kewangan, hartanah dan perbankan.
Angkasa bawa semangat baharu sektor koperasi jika dapat lesen bank digital - Noh Omar
Kementerian menyokong penuh hasrat Angkasa untuk memperoleh lesen tersebut daripada Bank Negara Malaysia.