awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angkasawan Rusia pecah rekod paling lama luang masa di angkasa lepas

Amanz
Amanz
08/02/2024
04:02 MYT
Angkasawan Rusia pecah rekod paling lama luang masa di angkasa lepas
Oleg Kononenko (foto) secara rasmi telah menghabiskan 879 hari di angkasa lepas secara terkumpul. -Amanz
PADA 4 Februari lalu, Oleg Kononenko, 59, secara rasmi telah menghabiskan 879 hari di angkasa lepas secara terkumpul.
Angkasawan Rusia ini memintas rekod yang dipegang oleh Gennady Padalka yang menghabiskan 878 hari, 11 jam, 29 minit dan 48 saat di angkasa lepas.
Kononenko kini sedang bertugas dalam misi ke-lima beliau di ISS selepas kali pertama melawatnya pada tahun 2008.
Rekod yang dipegang oleh Kononenko dijangka kekal untuk tempoh yang lama kerana beliau hanya dijadualkan pulang semula ke bumi pada 23 September.
Jika tiada isu berlaku, beliau akan kembali ke bumi selepas menghabiskan 1,110 hari di angkasa lepas.
Valeri Polyakov, juga seorang angkasawan Rusia memegang rekod paling lama berada di angkasa lepas secara berterus.
Beliau menghabiskan hampir 438 hari dalam kapal angkasa Mir pada tahun 1995. Misi tinggal di angkasa lepas untuk tempoh yang lama dilakukan oleh Rusia bagi melihat kesannya ke atas tubuh manusia.
Seperti yang kami pernah laporan sebelum ini, antara impak yang dikesan ialah jirim putih otak mengecut dan kemusnahan 54% sel darah merah yang lebih tingi berbanding di bumi. -Amanz
Topic Berkaitan
#Oleg Kononenko
#angkasawan Rusia
#Gennady Padalka
#rekod paling lama berada di angkasa lepas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan