AYER KEROH: Majlis mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka akan diadakan pada Rabu ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, bagaimanapun senarai lengkap cadangan nama barisan Exco itu akan dipersembahkan terlebih dahulu kepada Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam.
Katanya, istiadat angkat sumpah berkenaan juga akan diadakan sebelum keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dijadual mengadakan kunjungan ke Melaka pada petang Rabu.
“Seperti mana saya janjikan, bahawa saya akan melengkapkan senarai nama cadangan Exco dalam masa 48 jam, telah saya sempurnakan. Cuma, upacara angkat sumpah akan diadakan pada hari Rabu ini.
“Setelah berunding dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam, senarai nama itu telah pun diterima.
"Dan saya akan berjumpa Mohd Ali pula selepas beliau balik dari luar negara. Waktunya akan diberitahu nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengimbas perakam waktu pada hari pertama bertugas di Pejabat Ketua Menteri Melaka, Kompleks Seri Negeri di sini hari ini.
Semalam, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, pembentukan Exco di Melaka harus menggambarkan komposisi parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan selain beberapa jawatan Timbalan Exco akan diwujudkan semula.
Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri ketika ditanya soal komposisi portfolio Exco antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagaimanapun enggan mendedahkan perkara berkenaan.
Katanya, bagaimapun beliau yakin barisan baharu itu akan mampu mengimbangi pentadbiran kerajaan negeri.
“Portfolio ini, saya dah kata, ia cantik dan menarik, (jadi) komposisinya nanti saya beritahu. Kalau beritahu sekarang, tak seronok.
“Barisan baharu ini adalah untuk mengimbangi pentadbiran kerajaan negeri dan mengambil pendekatan apa yang sedang kita jalankan diperingkat persekutuan dan ianya akan kita azamkan di Melaka,” tambahnya.
Selain itu, ADUN Tanjung Bidara itu berkata, fokus utamanya ketika ini adalah meneruskan agenda pembangunan negeri Melaka bagi memastikan kesinambungan kesejahteraan rakyat di bawah kerajaan oerpaduan dapat diteruskan.
“Pastinya semua agenda yang dirancang dahulu akan diteruskan dan akan dilihat serta dikaji bagi penambahbaikan untuk kemakmuran dan kesejahteraan Melaka serta rakyat khususnya.
“Jadi pelan pembangunan Melaka juga akan saya lihat bagaimana penjanaan pembangunan dapat memberi faedah dan sudah pasti pengurusan kerajaan negeri yang sedia ada akan sama-sama membantu saya,” tambahnya.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Apr 03 2023
Ab Rauf mengimbas perakam waktu pada hari pertama bertugas di Pejabat Ketua Menteri Melaka, Kompleks Seri Negeri, di Ayer Keroh, hari ini. - Foto Astro AWANI
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Mohd Azmawi angkat sumpah sebagai ADUN Nenggiri
Mohd Azmawi Fikri berikrar menjalankan kewajipan sebagai ADUN dengan sedaya upaya serta memelihara, menjaga dan mempertahankan perlembagaan negeri.
Mohd Azmawi dijangka angkat sumpah ADUN Nenggiri 21 Nov
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dijangka mengangkat sumpah secara rasmi sebagai ADUN kawasan itu pada 21 Nov ini.
Hasnah angkat sumpah jawatan Hakim Besar Malaya
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim hari ini mengangkat sumpah jawatan serta taat setia sebagai Hakim Besar Malaya.
Timbalan Presiden baharu Kenya dilantik secara rasmi
Kithure Kindiki mengangkat sumpah pada Jumaat selepas mahkamah menarik balik arahan yang menghalang pelantikannya.
Yahya Afridi angkat sumpah sebagai Ketua Hakim Pakistan
Presiden Asif Ali Zardari mengendalikan upacara angkat sumpah itu yang diadakan di Rumah Presiden di Islamabad.
Syed Hussien angkat sumpah sebagai ADUN Mahkota
ADUN Mahkota Syed Hussien Syed Abdullah mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor ke-15.
Perdana Menteri baharu Sri Lanka angkat sumpah
Ahli Parlimen dari Parti National People's Power (NPP) Harini Amarasuriya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Sri Lanka pada Selasa.
Thailand: Paetongtarn dan jemaah menteri angkat sumpah
Paetongtarn mengetuai para menteri dalam upacara mengangkat sumpah taat setia di hadapan Raja Maha Vajiralongkorn di Dewan Kediaman Amphorn Sathan.
Lima ADUN lantikan Pahang angkat sumpah
Majlis angkat sumpah diadakan di hadapan Speaker DUN Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dengan disaksikan Wan Rosdy dan ADUN lain.
Presiden Iran Pezeshkian angkat sumpah jawatan di Parlimen
Presiden Masoud Pezeshkian mengangkat sumpah jawatan di Parlimen Iran untuk mula memimpin cabang eksekutif negara itu secara rasmi bagi tempoh empat tahun.