awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angsana Johor Bahru Mall dinasihat tutup sementara selepas beberapa pekerja positif COVID-19 - Dr Adham

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
07/12/2020
09:54 MYT
Angsana Johor Bahru Mall dinasihat tutup sementara selepas beberapa pekerja positif COVID-19 - Dr Adham
Mengenai kebimbangan orang ramai pusat beli belah itu masih dibuka, Dr Adham berkata, semua pihak diminta bertenang. -Gambar/ Facebook/@era.je
JOHOR BAHRU:Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan kompleks beli belah Angsana Johor Bahru Mall di Tampoi, di sini, supaya ditutup sementara berikutan beberapa pekerja di bangunan itu disahkan positif COVID-19.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, bagaimanapun berkata jika proses sanitasi dan nyah cemar sudah dilakukan dengan serta-merta dan menyeluruh, tiada keperluan untuk menutup premis berkenaan.
Katanya, ia berikutan penutupan premis dibuat bagi membolehkan proses berkenaan dilakukan secara menyeluruh.
"KKM sebenarnya sudah menasihati pengurusan pusat beli belah itu supaya ia ditutup sementara bagi menjalankan proses sanitasi dan nyah cemar secara menyeluruh.
"Proses sanitasi adalah sangat penting bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
"Namun jika pengurusan pusat beli belah cepat buat proses sanitasi dengan menyeluruh, pusat beli belah itu tak perlu tutup," katanya.
Sejak semalam, akaun Facebook rasmi pusat beli belah berkenaan dibanjiri komen netizen yang tidak berpuas hati berikutan tular luahan beberapa individu bekerja di situ yang dikatakan disahkan positif COVID-19.
Mereka kesal pengurusan pusat berkenaan tidak mahu menutup sementara kompleks berkenaan.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata, kluster baharu iaitu Kluster Jalan Tampoi dikesan di Johor Bahru dan sudah menjangkiti 17 individu.
Sementara itu, mengulas kebimbangan orang ramai mengenai pusat beli belah itu yang masih dibuka, Dr Adham berkata, semua pihak diminta bertenang.
"Individu yang diklasifikasi kontak rapat dan positif wabak sudah diasingkan segera.
"Yang tinggal hanya yang negatif dan tidak terdedah atau bukan kontak rapat," katanya.
Pengurusan pusat beli belah itu ketika dihubungi Astro AWANI berkata, akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara itu hari ini.
Semakan di akaun Facebook rasmi pusat beli belah itu menyatakan mereka sudah melakukan proses sanitasi dan nyah cemar di premis berkenaan pada 2 dan 4 Disember lalu.
Topic Berkaitan
#plaza angsana
#positif
#COVID-19
#ditutup
#dinasihat tutup
#Dr Adham
#Menteri Kesihatan
#Johor Bahru
#Tampoi
#kluster tampoi
#angsna johor bahru mall
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan