Keamanan dikecapi Malaysia selama 56 tahun perlu dihargai dan dikekalkan oleh rakyat negara ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Katanya ini penting bagi mengelak pergolakan seperti di negara lain yang mengakibatkan berlakunya krisis ekonomi dan kemanusiaan di negara terbabit.
"Di Malaysia, kita dan anak-anak, hidup selesa serta aman damai tanpa rasa takut dan semua ini adalah hasil komitmen kerajaan yang telah mewujudkan kemakmuran di negara ini sejak sekian lama," katanya sempena Majlis Ramah Mesra dan Merdekaraya di sini.
Anifah berkata tugas sebagai Menteri Luar yang sering ke serata dunia membawa beliau menyaksikan kesengsaraan yang dihadapi rakyat di negara bergolak akibat hilangnya keamanan dinikmati sebelum ini.
"Berbanding negara yang bergolak, kita sebenarnya amat bertuah kerana dikurniakan sebuah negara yang damai serta pesat membangun dan sewajarnya kita sebagai rakyat Malaysia mensyukuri nikmat ini," katanya.
Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut Datuk Arifin Arif, Adun Kawang Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Adun Bongawan Mohamad Alamin, Pengerusi Petronas Sabah dan Labuan Mohd Firoz Azlan dan Pengarah Projek Terminal Minyak dan Gas (SOGT) Noor Elias Mohd Idris.
Anifah yang juga anggota Parlimen Kimanis berkata jika rakyat Malaysia melihat sendiri kesengsaraan dialami rakyat di negara bergolak, mereka akan insaf dan amat bersyukur menjadi rakyat Malaysia serta gembira tinggal di bumi bertuah ini.
Menurutnya, keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama serta keamanan yang dikecapi selama ini harus dipertahankan daripada musnah akibat kerakusan pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Saya menyeru seluruh rakyat supaya tidak terpedaya dengan janji palsu dan terikut-ikut dengan sikap pihak yang tidak bertanggungjawab kerana keselamatan dan keamanan negara adalah keutamaan kita," katanya.
Pada majlis itu, SOGT menyampaikan sumbangan RM200,000 bagi membiayai pembinaan lima premis perniagaan di kawasan Parlimen Kimanis sebagai menunaikan tanggungjawab sosial badan korporat tersebut.
Majlis yang dihadiri lebih 3,000 orang itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada artis terkenal tanah air Noraniza Idris.
Bernama
Sun Sep 08 2013
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Anifah: Keamanan dikecapi Malaysia selama 56 tahun perlu dipertahan
Keamanan dikecapi Malaysia selama 56 tahun perlu dihargai dan dikekalkan oleh rakyat negara ini.
Semangat patriotisme tinggi semarak sambutan kemerdekaan negara ke 56
Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-56 di Dataran Merdeka hari ini diadakan dengan penuh kemeriahan.
Rakyat Malaysia di luar negara rai Hari Kemerdekaan
Di mana jua rakyat Malaysia berada, semarak semangat patriotisme sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 negara tetap membara.