awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anifah sahkan Zahrain dinamakan Duta Besar Malaysia ke Indonesia

Bernama
Bernama
05/09/2013
13:52 MYT
Anifah sahkan Zahrain dinamakan Duta Besar Malaysia ke Indonesia
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengesahkan bahawa bekas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim telah dinamakan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.
"Kami telah memutuskan untuk melantik beliau sebagai Duta Besar Malaysia yang baharu ke Indonesia dan kini dalam proses memaklumkan kepada kerajaan Indonesia.
"Bagaimanapun, tarikh memulakan tugas rasmi belum dimuktamadkan kerana menunggu kelulusan daripada kerajaan Indonesia," katanya kepada pemberita dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri Kementerian Luar di sini hari ini.
Ditanya kriteria pemilihan Zahrain, Anifah berkata: "Kami tidak pernah melihat latar belakang beliau...latar belakang politik dan fahaman politik. Bagi Wisma Putra, kami cuba meletakkan orang yang terbaik yang ada untuk jawatan (duta) di mana-mana negara tertentu.
Beliau berkata sesiapa yang telah dipilih untuk menjadi Duta Malaysia harus menyokong hasrat dan matlamat kerajaan dan ia akan menjadi antara kriteria yang akan dipertimbangkan.
Dalam perkembangan lain, ditanya sama ada Wisma Putra telah mengirim surat rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung pendirian Malaysia mengenai campur tangan ketenteraan di Syria, katanya ia akan diteruskan sekiranya wajar.
Menurutnya pendirian Malaysia mengenai Syria tidak akan menjejaskan hubungan dua hala antara Kuala Lumpur dan Washington kerana ia adalah isu yang berbeza sama sekali.
"Lebih banyak rundingan dan dialog diperlukan untuk menyelesaikan konflik di Syria dan bukan campur tangan ketenteraan," katanya.
Anifah berkata Malaysia tidak sabar untuk melihat kedatangan Presiden Barack Obama ke Malaysia pada Oktober ini untuk menyampaikan ucaptama pada forum keusahawanan antarabangsa di sini.
Topic Berkaitan
#Anifah Aman
#duta
#Indonesia
#Malaysia
#Zahrain Mohamed Hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan