Penduduk Kampung Paon Sungai Rimu Bakung dekat sini, mendakwa anjing peliharaan mereka mula dikesan berkelakuan pelik sejak hujung April lepas.
Arry Baee, 46, berkata anjing-anjing peliharaan itu bertindak liar dan mengigit penduduk kampung menyebabkan mereka terpaksa bertindak membunuh haiwan tersebut.
"Kami mula mengesan perubahan terhadap anjing-anjing tersebut apabila ekor melengkung ke bawah, air liur meleleh tidak henti-henti dan bertindak agresif dengan menerkam apa sahaja sama ada pokok, manusia atau ekor sendiri.
"Semakin lama, haiwan itu berkelakuan tidak normal, berlari ke sana sini. Ada satu kes seorang nenek digigit anjing, dan haiwan itu kemudian lari seperti 'gila' ke jalan raya dan dilanggar kereta," katanya ketika ditemui di kampung berkenaan hari ini.
Berikutan itu, beliau berkata penduduk kampung sebulat suara mengambil keputusan untuk membunuh anjing yang berkelakuan tidak normal selepas berbincang sesama mereka.
Bekerja sebagai petani, Arry berkata dia sendiri terpaksa membunuh dua ekor anjing peliharaannya selepas dikesan berkelakuan tidak normal.
Semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga kanak-kanak termasuk dua beradik di daerah Serian, Sarawak, dijangkiti virus rabies dan kini sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak.
Tinjauan Bernama di kampung yang terletak kira-kira 80 kilometer dari bandar raya Kuching itu, mendapati aktiviti harian penduduk majoritinya petani masih berjalan seperti biasa.
Turut kelihatan beberapa ekor anjing yang masih bebas berkeliaran di kampung tersebut.
Paul Ken Gapaya, 57, berkata lebih 10 individu di kampung tersebut dikatakan digigit anjing sejak hujung April lalu.
"Sepanjang pengetahuan saya, lebih 10 individu di kampung ini telah digigit anjing tetapi mereka segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran," katanya.
Dalam pada itu, Paul turut melahirkan rasa simpati terhadap dua beradik terbabit, kanak-kanak lelaki berusia empat dan kakaknya enam tahun, yang menjadi mangsa virus rabies atau penyakit anjing gila.
"Saya memang kenal mangsa ini. Mereka anak kelima dan bongsu daripada enam beradik dan selalu kelihatan berjalan bersama-sama di sekitar kampung," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 01 2017
Anjing-anjing peliharaan itu bertindak liar dan mengigit penduduk kampung menyebabkan mereka terpaksa bertindak membunuh haiwan tersebut./GAMBAR HIASAN
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Putin nafi sengaja takutkan Merkel dengan anjingnya Koni
Anjing itu berjalan menghampiri Merkel, yang kelihatan jelas tidak selesa ketika duduk di sebelah Putin.
13,592 anjing, kucing di Sarawak divaksin cegah rabies
DVS telah memvaksin 13,592 ekor anjing dan 165 kucing bertuan di Sarawak bagi pencegahan jangkitan rabies untuk tempoh Januari hingga Oktober lepas.
Anjing diseret di belakang kereta: Polis terima laporan
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung seorang lelaki memandu kereta dengan mengikat seekor anjing di belakang kenderaan itu sebelum diseret dalam kejadian di Taman Sentosa pada Jumaat.
Zoo di China buat hal lagi, warnakan anjing menyerupai panda
Pengunjung zoo kebingungan selepas haiwan itu mula mempamerkan ciri seekor anjing, termasuk menyalak.
Patah tangan dan kaki angkara anjing
Kejadian kira-kira jam 7.55 malam itu berlaku ketika Mohd Ridzuan Zainudin dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari tempat kerja.
Nenek meninggal dunia, terjatuh motosikal dikejar anjing
Mangsa meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.
Dera haiwan: Masyarakat semakin prihatin, aduan meningkat
Masyarakat kini semakin prihatin mengenai kes penderaan terhadap haiwan yang menyaksikan aduan berhubung kes itu meningkat.
Anjing bertuan serang, kejar murid ketika berjalan ke sekolah
Hasil siasatan awal mendapati anjing terbabit telah dipindahkan oleh pemilik ke pusat perlindungan haiwan di Butterworth.
Anjing baka 'Golden Retriever' sambut ulang tahun pertama sebagai 'Datuk Bandar'
Sejak 2012, tiga generasi anjing itu telah memegang jawatan Datuk Bandar Idyllwild, sebuah pekan pergunungan di California Selatan.
Ini anjing paling berpengaruh di media sosial, ada 25 juta pengikut & jana jutaan ringgit
Pada zaman media sosial, bukan hanya manusia yang boleh menerima gelaran influencer atau pempengaruh tetapi juga haiwan.