KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menzahirkan penghargaan kepada semua petugas media serta individu yang terlibat dalam penghasilan berita atas khidmat mereka dalam menyebarkan maklumat tepat semasa negara dilanda pandemik COVID-19.
Menyifatkan pengamal media sebagai 'petugas barisan hadapan yang tidak didendang,' beliau berkata Malaysia kini menuju ke arah fasa endemik dan pihak media diperlukan untuk memainkan peranannya dalam menyampaikan maklumat yang sahih kepada orang ramai.
"Anda adalah petugas barisan hadapan negara yang tidak didendang dan sentiasa berada di lapangan, mencabar diri untuk memastikan akauntabiliti meskipun terpaksa berdepan risiko dalam usaha mendapatkan maklumat yang sahih, dan menjalankan peranan anda untuk membongkar maklumat yang salah.
"Meskipun kadangkala kami terlupa menyebut tentang anda, tetapi ingatlah bahawa kami tidak pernah melupakan media dalam setiap apa yang kami lakukan sebagai kerajaan. Terima kasih kerana memperjuangkan perkara yang baik," katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-50 Kumpulan Media Star (SMG) di sini malam tadi.
Annuar juga berkata tidak syak lagi, media sememangnya memainkan antara peranan terpenting dalam pembinaan negara.
Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Pengerusi SMG Tan Sri Chor Chee Heung dan Pengarah SMG Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse.
Bertema '50 years of Shaping the Nation Together,' majlis itu menghimpunkan personaliti terkemuka negara daripada organisasi ternama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 10 2021

Annuar berucap pada majlis Ulang Tahun Star Media Group ke-50 Tahun di sebuah hotel di Kuala Lumpur, 9 Nov, 2021. --fotoBERNAMA

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.

PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.

Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).

Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.

Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.

Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."

Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.