NATIONAL
"Antara hidup dan mati.." Imam Abdul Karim Omar kongsi keperitan COVID-19

Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS), Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki berkongsikan detik cemas dan menginsafkan selepas dirinya disahkan positif COVID-19. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR:“Kali pertama saya berada di wad kecemasan Hospital Sungai Buloh, saya sudah nampak katil putih di depan saya.
“Kemungkinan inilah hari terakhir saya di alam dunia ini.”
Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS), Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki berkongsikan detik cemas dan menginsafkan selepas dirinya disahkan positif COVID-19.
Antara hidup dan mati, itulah apa yang diungkapkan oleh beliau sepanjang berdepan keperitan ketika dirawat sebagai salah seorang pesakit COVID-19 di Hospital Sungai Buloh.
“Saya sendiri dah lalui kuarantin, antara hidup dan mati. Saya sudah nampak alam lain pula yang akan datang depan saya, tetapi dengan izin Allah dan berkat doa serta Al-Quran, saya kembali pulih semula.
“Saya ingin berkongsikan cerita, saya tidak lalu untuk makan, mengalami batuk yang luar biasa, semput COVID-19 ini lain macam, kita tidak boleh hendak bernafas.
“Meskipun saya bukan perokok, tiada penyakit asma dan sebagainya, semput tiada langsung dalam hidup saya," kata beliau.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami