awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anthony buat pemeriksaan mengejut di klia2

Sinar Harian
Sinar Harian
28/12/2022
08:33 MYT
Anthony buat pemeriksaan mengejut di klia2
Pemeriksaan itu dibuat bagi melihat keadaan di hab pengangkutan awam di Tingkat 1, klia2 selepas mendapat maklum balas daripada orang ramai.- Sumber foto FB Anthony Loke
SHAH ALAM: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook melakukan pemeriksaan mengejut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia) 2 sebelum majlis pelancaran 'Fixed Fare Midnight Flight' anjuran AirAsia, pagi tadi.
Anthony menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan pemeriksaan itu dibuat bagi melihat keadaan di hab pengangkutan awam di tingkat 1, klia2 selepas mendapat maklum balas daripada orang ramai.
"Pagi tadi, sebelum saya melancarkan 'fixed fare midnight flights' di Red Q, AirAsia, saya telah membuat spot-check di klia2.
"Tujuan saya pagi ini melihat keadaan di hab pengangkutan awam di Level 1, klia2 selepas mendapat maklum balas daripada orang ramai," katanya.
Menurut beliau, terdapat beberapa kelemahan terutama di ruang menunggu e-hailing yang perlu diperbaiki.
"Salah satu ialah lorong jalan yang tidak rata akibat mendapan tanah yang boleh membahayakan pengguna dan sistem pencahayaan juga akan ditambah baik supaya keadaan pada waktu malam lebih terang," ujarnya.
Anthony berkata, susulan itu, pihak pengurusan telah melantik kontraktor dan kerja menaik taraf akan dijalankan pada hujung bulan Januari.
"Justeru, saya mengajak semua stakeholders (pihak berkepentingan) untuk sentiasa berusaha menambah baik kemudahan dan menceriakan pengalaman pengguna di lapangan terbang kita," katanya.
Pantau Kerajaan Baharu di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#pemeriksaan mengejut
#AirAsia
#KLIA2
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan