awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anthony Loke sesak nafas dalam Dewan Rakyat

Astro Awani
Astro Awani
10/07/2024
05:05 MYT
Anthony Loke sesak nafas dalam Dewan Rakyat
Loke dilihat tidak selesa ketika mula bercakap dan tercungap-cungap seterusnya memohon diberikan sedikit masa untuk menenangkan diri.
KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat sedikit terganggu apabila Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilihat mengalami sesak nafas ketika memulakan sesi jawab lisan soalan pertama dikemukakan Wong Chen (PH-Subang) pada Rabu.
Dalam sidang dewan pagi ini, beliau dilihat tidak selesa ketika mula bercakap dan tercungap-cungap seterusnya memohon diberikan sedikit masa untuk menenangkan diri.
Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa meminta Loke berehat dan menggesa beliau membuat pemeriksaan di hospital.
"Relaks dulu Yang Berhormat (YB), kena periksa di hospital. Bahaya, bahaya," katanya.
Selepas itu, Loke dilihat mengurut dadanya beberapa kali, sambil memberi isyarat kepada timbalannya, Datuk Hasbi Habibollah untuk meneruskan sesi itu.
Habibollah kemudian menjawab soalan Chen berhubung garis panduan untuk membenarkan pemandu orang kurang upaya (OKU) dengan lesen A/A1 untuk bekerja sebagai pemandu e-hailing, dan rancangan kerajaan untuk mengubah garis panduan bagi membenarkan pemandu OKU untuk mendapatkan lesen PSV.
Tidak lama kemudian, Loke kembali mengambil alih semula tugas berkenaan daripada timbalannya dan menjawab soalan tambahan dikemukakan oleh Chen.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Hasbi Habibollah
#Anthony Loke
#sesak nafas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan