awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anthony Loke sumbang RM200,000 setahun kepada 10 SJKC di Terengganu

Bernama
Bernama
24/11/2023
02:15 MYT
Anthony Loke sumbang RM200,000 setahun kepada 10 SJKC di Terengganu
LOKE: Sebagai menteri, kita ada peruntukan sebanyak RM1 juta yang boleh diberikan, diagihkan, diperuntukkan kepada NGO atau sekolah di luar kawasan Parlimen. - Gambar fail/BERNAMA
CHUKAI: Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyalurkan peruntukan RM200,000 setahun kepada 10 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Terengganu bagi membantu pembangunan sekolah berkenaan.
Beliau berkata bantuan yang bermula tahun ini itu disalurkan selepas menerima keluhan masyarakat Cina di Terengganu semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas yang mengadu tidak mempunyai wakil rakyat Cina dan sukar mendapat bantuan daripada wakil rakyat tempatan.
"Jadi mereka memohon kepada saya sebagai menteri untuk memberi bantuan jadi sebagai menteri kita ada peruntukan menteri sebanyak RM1 juta yang boleh diberikan, diagihkan, diperuntukkan kepada NGO atau sekolah di luar kawasan (Parlimen) saya.
"Jadi saya guna peruntukan menteri itu untuk membantu sekolah-sekolah Cina di Terengganu ini," katanya ketika ditemui selepas bertemu dengan komuniti Cina, di sini.
Loke berkata sumbangan itu adalah komitmen beliau sebagai menteri yang akan disalurkan sepanjang penggal ini bagi membantu komuniti Cina di Terengganu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#SJKC
#terengganu
#peruntukan menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan