Selesai sahaja majlis Anugerah Skrin (ASK) 2013 yang berlangsung Jumaat lalu, saya segera mencari senarai pemenang anugerah. Saya amati satu-persatu. Saya tidak berpuas hati. Lalu, saya selidik setiap portal berita dan blog yang memaparkan keputusan penuh.
Akhirnya saya yakin. Ya! Saya yakin tiada Anugerah Yasmin Ahmad diberikan pada tahun ini.
Empat tahun terdahulu, di saat pusara pengarah tersohor filem Sepet, Gubra, Mukhsin dan Talentime itu masih merah anugerah tersebut diwujudkan.
Empat pemenang telah pun kita ketahui. Bukan calang-calang penerima yang terpilih untuk menerima anugerah tersebut.
Sekadar menyebut nama-nama seperti Jaclyn Victor, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof dan Pierre Andre, siapa yang mampu membidas pemilihan tersebut. Nama mereka gah dalam bidang masing-masing.
Uniknya mereka yang tersebut dipilih adalah kerana mereka bakat muda yang relevan dalam industri dan kualiti kerja mereka yang tidak boleh dipandang sebelah mata.
Sebenarnya apabila saya masih memperkatakan tentang ASK ia semacam satu indikasi yang majlis anugerah tersebut masih relevan di mata pemerhati dunia seni tempatan.
Saya lupakan sejenak kecelaruan idea penganjuran majlis anugerah tersebut pada tahun lalu kerana kita perlu berfikir ke hadapan.
Bagi saya ASK masih relevan untuk arena drama apabila saya merasakan anugerah itu masih menjadi kayu pengukur paling penting dalam menilai kehebatan penerbitan drama, program televisyen dan filem tempatan.
Saya mengenali drama-drama hebat era 90an dan awal milenium menerusi rangkaian majlis anugerah yang pernah dianjurkan. Drama seperti Anak Angkat, Ratu Jamu, Surah Terakhir, Tarantula, Suara Saleha, sekadar menyebut beberapa nama yang cukup gah pada zaman itu.
Elok sahaja kita lupakan seketika perihal majlis Anugerah Sri Angkasa (ASA) yang kewujudannya seperti “hidup segan, mati tak mahu” dengan masalah penggiliran penganjuran yang tidak pernah berjaya diselesaikan.
Begitu juga di arena seni sinema, bila mana keputusan kategori filem di ASK seakan menjadi pembanding dengan keputusan Festival Filem Malaysia (FFM).
Saya masih ingat bagaimana pembuat keputusan ASK mengiktiraf karya-karya besar filem seperti Merah dan Wayang sebagai Filem Terbaik, sedangkan kehebatan filem itu tidak dipandang di FFM.
Saban tahun saya akan membandingkan keputusan yang dibuat panel juri kedua-dua majlis anugerah tersebut.
Saya enggan berbicara soal kategori lain yang kita telah ketahui pemenangnya. Suka atau tidak, kita telah ada pemenangnya. Yang mahu saya persoalkan adalah keikhlasan penganjur dalam mewujudkan trofi Anugerah Yasmin Ahmad.
Malang sekali apabila pada tahun ini penganjur seakan melupakan anugerah tersebut yang mana merupakan kategori khas bagi mengiktiraf bakat muda yang penting dalam mengatur jalan kebenaran industri seni tempatan.
Ada beberapa kemungkinan yang menjadi penyebab ketiadaan trofi rebutan bakat baru itu pada tahun ini.
Pertama, penganjur mungkin akan menggunakan alasan tiadanya bakat baru yang wajar menerima pengiktirafan tersebut.
Kedua, penganjur mungkin sudah merasakan tiada relevannya nama trofi tersebut. Apakah keperluannya nama pengarah filem tersohor itu dikekalkan.
Saya sama sekali menyanggah jawapan pertama sekiranya ketiadaan bakat baru dijadikan alasan.
Sebenarnya ramai muka baru yang wajar diberikan pengiktirafan. Amerul Affendi contohnya.
Bakat Amerul bukan sahaja terbatas di layar perak atau pun skrin drama, malah melangkaui ke pentas teater. Masih lagi relevan pada tahun ini apabila lakonan cemerlangnya dalam Hari Hari Terakhir Seorang Seniman mendapat perhatian juri untuk dinilai dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama).
Tahun lalu, filem Bunohan lakonannya menerima anugerah Filem Terbaik. Malah, bakatnya di pentas teater seperti Air Con dan Short Eyes tiada tandingan.
Saya juga suka untuk menyebut nama Iedil Putra. Kenapa saya merasakan Iedil layak untuk anugerah tersebut?
Nasibnya mungkin tidak sebaik Amerul apabila filem-filem yang dibintanginya tidak padan dengan bakatnya. Namun Iedil boleh berbangga apabila program televisyen kendaliannya Jetlag turut berjaya menerima pencalonan dalam kategori Rancangan Realiti Terbaik.
Seperti Amerul, Iedil juga hebat di pentas teater, apabila teater Parah bukan sahaja hebat di Malaysia malah telah terbang ke Brisbane bagi mewakili negara di World Theater Festival di sana tahun ini. Bahkan, Iedil turut membintangi teater Projek Disko Baldi yang kemudiannya diadaptasi ke program televisyen Disko Baldi Show untuk siaran 8TV.
Satu lagi nama yang mungkin kita terlupa ialah Redza Minhat.
Calon akhir Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) menerusi watak Akil dalam filem KIL ini tidak wajar dilupakan. Apabila dipelawa untuk membintangi filem tersebut, bayaran bukan persoalan utama, sebaliknya sokongan kepada sahabat yang menjadi keutamaan. Namun, kualiti yang terhasil dalam segala aspek filem tersebut meyakinkan panel juri untuk memilih filem tersebut sebagai Filem Terbaik pada tahun ini.
Seperti Amerul dan Iedil, Redza juga gah di pentas teater seperti Nadirah dan Projek Disko Baldi.
Paling tidak pun, ensemble Projek Disko Baldi (PDB) wajar menerima pengiktirafan tersebut. Mereka inilah penggegar industri masa depan. Setiap seorang daripada mereka punya impian dan impian mereka bukan kosong. Mereka ada filem berkualiti yang menanti tayangan (Bikin Filem), mereka menghasilkan pementasan PDB yang telah diadaptasi ke program televisyen dan mereka pelakon yang bervisi.
Jadi, siapa yang kata kita ketandusan bakat baru yang wajar untuk diberikan trofi keramat tersebut, mereka salah.
Saya percaya pengiktirafan pemenang terdahulu bukannya dinilai berdasarkan pencapaian mereka pada tahun anugerah. Adakah Pierre Andre dinilai berdasarkan filem Chantek? Tentu sekali tidak bukan? Saya cukup yakin bakat Pierre dinilai berdasarkan faktor-faktor lain antaranya pecah panggung filem Jangan Pandang Belakang dan sebagainya.
Satu lagi nama yang mungkin kita terlepas pandang ialah anak emas Yasmin Ahmad sendiri, Sharifah Amani. Kenapa saya katakan pelakon filem Muallaf itu layak untuk anugerah tersebut.
Pemenang trofi pelakon wanita terbaik itu telah pun berjinak-jinak dalam dunia pengarahan. Walaupun sekadar mengarah dua buah filem pendek, Sangkar dan Hawa, ia sesuatu yang cukup besar apabila dilakukan tanpa kelibat idolanya yang digelar Mak.
Usaha-usaha murni dalam mengangkat mutu drama, filem dan program televisyen sebeginilah yang perlu diberikan galakan dan pengiktirafan walaupun hanya dengan sebuah trofi bersandar namavAnugerah Yasmin Ahmad.
Mereka adalah contoh artis yang bukan “retis”. Mereka ialah penggiat berminda bernas dan tidak pernah berputus asa untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti tanpa menghiraukan makna populariti.
Tidak kisah jika nama mereka tidak disebut pengacara Melodi mahupun Propaganza atau wajah mereka terpampang di kulit depan majalah URTV mahupun Mangga, asalkan kualiti kerja mereka terus dijaga.
Oleh itu, alasan yang mengatakan tiadanya bakat baru tidak boleh diguna pakai langsung.
Kedua, apakah benar ketiadaan trofi tersebut berkait dengan persoalan apakah nama pengarah tersohor itu sendiri masih relevan untuk dikaitkan dengan ASK?
Yang kita sedar, nama Yasmin Ahmad mula disebut-sebut hanya setelah ketiadaannya. Maka adakah setelah ketiadaan sahabat baiknya, Dato’ Seri Farid Ridzuan dalam mengemudi syarikat konglomerat penganjur ASK, maka anugerah tersebut wajar ditiadakan?
Jadi saya tinggalkan anda dengan satu persoalan, dimanakah keikhlasan ASK dalam menghargai jasa yang pernah dicurahkan oleh pengarah tersohor itu?
Muzaffar Mustapa
Sun Dec 01 2013
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
Pilih kasih atas alasan publisiti dan promosi adalah bodoh dan keji - KOMFIT
Kekecewaan dirasai oleh pelakon Amerul Affendi apabila namanya ditolak oleh sebuah stesen televisyen kerana tidak mempunyai kriteria yang diperlukan oleh stesen televisyen berkenaan.