MALAYSIA
Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Presiden Kyrgyzstan

Anwar (kanan) bergambar bersama Sadyr Japarov (kiri) ketika melawat kediaman tradisional Kyrgyzstan, Boz Ui, yang dipamerkan di Kompleks Perbadanan Putrajaya, hari ini. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menganjurkan majlis makan tengah hari bagi meraikan Presiden Kyrgyzstan, Sadyr Zhaparov di Seri Perdana di sini.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menganjurkan majlis makan tengah hari untuk Presiden Datuk Seri Zambry Abdul Kadir serta anggota Kabinet Kyrgyzstan.Sadyr Zhaparov sempena lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, yang turut disambut meriah oleh murid sekolah dan pemimpin negara.
- Kedua-dua pemimpin membincangkan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, tenaga hijau, industri halal, pelancongan, pendidikan dan bantuan teknikal melalui MTCP.
- Malaysia dan Kyrgyzstan turut menyaksikan pertukaran MoU dan EoN dalam pelbagai sektor, dengan nilai perdagangan dua hala pada 2024 mencecah RM40 juta, menjadikan Kyrgyzstan rakan dagang keempat terbesar Malaysia di Asia Tengah.
Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir serta anggota Kabinet Kyrgyzstan.
Terdahulu, Zhaparov menerima sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, diikuti mesyuarat bersama Perdana Menteri.
Pada pertemuan itu, kedua-dua pemimpin membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dua hala termasuk perdagangan dan pelaburan, tenaga boleh baharu dan tenaga hijau, industri halal, komoditi pertanian, pelancongan, pendidikan dan bantuan pembinaan kapasiti melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).
Mereka turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang pelancongan, transformasi digital dan keselamatan siber, pendidikan tinggi, kesihatan, promosi perdagangan, kerjasama ekonomi serta kerjasama saintifik dan penyelirikan, selain pertukaran nota dalam sektor belia dan latihan untuk diplomat serta surat hasrat mengenai kerjasama perundangan.
Zhaparov dijadualkan mengadakan lawatan ke Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur sebelum berlepas pulang.
Pada 2024, Republik Kyrgyz merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Tengah dengan jumlah perdagangan dua hala bernilai RM40 juta (USD8.74 juta).
Eksport utama Malaysia ke republik berkenaan termasuk produk elektrik dan elektronik, minyak sawit, produk pertanian berasaskan minyak sawit dan jentera, kelengkapan serta alat ganti manakala import utama Republik Kyrgyz terdiri daripada bahan kimia dan produk kimia, produk elektrik dan elektronik serta makanan diproses.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami