awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 maut, 15 cedera dalam insiden banjir lumpur di Colombia berhampiran Medellin

Bernama
Bernama
25/06/2025
13:45 MYT
10 maut, 15 cedera dalam insiden banjir lumpur di Colombia berhampiran Medellin
Sekurang-kurangnya 10 orang maut manakala 15 lagi cedera dalam kejadian banjir lumpur berhampiran bandar Medellin di Colombia. - Foto REUTERS
BUENOS AIRES: Sekurang-kurangnya 10 orang maut manakala 15 lagi cedera dalam kejadian banjir lumpur berhampiran bandar Medellin di Colombia, kata Gabenor Antioquia Andres Julian Rendon pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Rendon menggesa penduduk di bandar Bello dan kawasan sekitarnya supaya berpindah kerana kawasan itu masih terdedah kepada risiko tanah runtuh berikutan hujan yang berterusan.
Carlos Rios, Pengarah agensi serantau pengurusan risiko bencana DAGRAN, berkata 15 orang masih dilaporkan hilang.
Aliran lumpur itu berlaku awal Selasa dan dipercayai berpunca daripada banjir di kawasan gaung, menurut media tempatan.
Menurut stesen penyiaran Caracol, satu-satunya mangsa yang berjaya diselamatkan daripada timbunan lumpur setakat ini ialah seorang bayi berusia enam bulan.
Pasukan penyelamat giat menjalankan operasi pemindahan penduduk dan mencari mangsa yang hilang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir lumpur
#Colombia
#Medellin
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami