Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Anggota Parlimen Port Dickson merupakan antara 13 ahli Parlimen yang belum mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Berdasarkan Portal Pengisytiharan Harta (https://mydeclaration.sprm.gov.my/), sehingga pukul 5 petang Ahad, ahli Parlimen itu yang memenangi pilihan raya kecil Port Dickson pada 13 Okt lepas masih belum mengisytiharkan jumlah pendapatan bulanan dan aset.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil pada satu majlis di Putrajaya awal pada Ahad memaklumkan terdapat 13 anggota parlimen kerajaan yang masih belum mengisytiharkan harta kepada SPRM.
Selain itu, Ketua Menteri Sabah yang juga Anggota Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faisal Azumu yang merupakan Anggota Parlimen Tambun, juga antara yang belum mengisytiharkan harta.
Berdasarkan laman web itu, seramai tujuh anggota parlimen PKR masih belum mengisytiharkan harta.
Selain Anwar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (Kapar), P.Prabakaran (Batu), Datuk Seri Dr Santhara (Segamat), Awang Husaini Sahari (Putatan), Ali Biju (Saratok) dan Dr Michael Teo Yu Keng (Miri).
Tiga anggota parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang belum mengisytiharkan harta selain Ahmad Faisal ialah Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai) dan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).
Bagi Parti Warisan Sabah, selain Mohd Shafie, seorang lagi yang belum mengisytiharkan harta ialah Datuk Rozman Isli (Labuan).
Di samping itu, Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang merupakan anggota Parlimen Tuaran juga belum mengisytiharkan harta.
Semakan mendapati beberapa anggota parlimen hanya mengisytiharkan jumlah pendapatan bulanan tetapi tidak mengisytiharkan jumlah aset.
Mereka termasuk Menteri pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi (Silam), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P.Waytha Moorthy dan Datuk Liew Vui Keong (Batu Sapi), serta R. Sanisvara Nethaji Rayer (Jelutong), Wong Tack (Bentong), dan Mordi Bimol (Mas Gading).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 09 2018

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Anggota Parlimen Port Dickson merupakan antara 13 anggota parlimen yang belum mengisytiharkan harta kepada SPRM. - Gambar fail Astro AWANI/Shahir Omar

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 28 Januari 2021.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 28 Januari 2021.

AWANI Ringkas: Kerajaan PH lebih tegas tangani rasuah - TI-M
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 28 Jan 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Perlis benar kapasiti maksimum jemaah solat fardu di masjid
Bermula esok, Perlis membenarkan kehadiran jemaah solat fardu di masjid mengikut kapasiti maksimum masjid berkenaan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tular bergaduh depan rumah ada helikopter: 'Datuk, Datuk Seri salah faham'
Kedua-dua lelaki terbabit telah berdamai, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah.

AWANI Ringkas: Pengawal keselamatan didakwa cabul murid | 4,094 kes baharu COVID-19
![AWANI 7:45 [28/01/2021]: Gagal selesai holistik | 57.1 peratus setuju perketat PKP AWANI 7:45 [28/01/2021]: Gagal selesai holistik | 57.1 peratus setuju perketat PKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1887594/2324679351611840043428_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [28/01/2021]: Gagal selesai holistik | 57.1 peratus setuju perketat PKP
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Luqman Hariz dan Nailah Huda. Fokus #AWANI745: - SPRM gagal kawal rasuah. - Kenapa pendatang tanpa izin terus ceroboh negara kita? - Majoriti rakyat Malaysia setuju perketatkan semula PKP. #HapusCOVID19 #NormaBaharu #DisiplinMalaysia

KPDNHEP lancar Ops Catut 8.0 pantau harga kelengkapan elektronik, komunikasi
KPDNHEP melancarkan Ops Catut 8.0 bagi memantau harga jualan komputer tablet, telefon bimbit dan alat komunikasi terutama perkakas internet.

Indonesia catat 476 lagi kematian akibat COVID-19, rekod tertinggi dalam tempoh 24 jam
Indonesia mencatatkan 476 lagi kes kematian akibat COVID-19, jumlah tertinggi direkodkan sejak kes kematian pertama pada 11 Mac 2020.

Cabar pengisytiharan darurat? PH hanya menyanggah keputusan PM - Anwar
"Dakwaan yang mengatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar pengisytiharan darurat adalah gembar-gembur politik sahaja," kata Anwar.

Kerajaan perlu akui FDI negara teruk, COVID-19 bukan alasan - Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan kerajaan perlu lebih telus dan belajar menerima kenyataan.

Gapenas buat laporan polis kenyataan Anwar yang didakwa menghasut
Gapenas membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Kinrara berikutan kenyataan menghasut yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook, baru-baru ini.

Tindakan PM nasihat Agong bertentangan undang-undang, Anwar fail semakan kehakiman
Peguam Ramkarpal Singh memaklumkan bahawa permohonan bagi memulakan semakan kehakiman berhubung deklarasi darurat difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Anwar dakwa kerajaan gagal kawal COVID-19
Tegas Anwar kerajaan sejak dari dahulu dilihat tidak konsisten terutamanya dari segi prosedur operasi standard (SOP).

Anwar akan failkan afidavit bantah keputusan gantung Parlimen
Menurutnya, ada hujah dalam Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan Parlimen tetap bersidang walaupun dalam tempoh darurat.

Hadi sifatkan berbalah pasal jawatan PM ketika COVID-19 kerja mengarut
Perbalahan itu hanya mengganggu usaha membantu rakyat yang terkesan oleh penularan pandemik tersebut, justeru harus dihentikan.

Usah disia-siakan, ibu bapa dan anak-anak perlu tumpu pelajaran- Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ibu bapa terus memberi perhatian kepada pelajaran anak-anak mereka dalam situasi negara berdepan pandemik COVID-19.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.