Skip to main content

Malaysia

Anwar bentang Belanjawan 2027, pacu agenda MADANI 

Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan MADANI kelima sejak pentadbiran Kerajaan MADANI dibentuk pada 2022, sekali gus meneruskan pelaksanaan agenda pembaharuan dan pembangunan negara.  -Gambar Bernama
Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan MADANI kelima sejak pentadbiran Kerajaan MADANI dibentuk pada 2022, sekali gus meneruskan pelaksanaan agenda pembaharuan dan pembangunan negara. -Gambar Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 di Dewan Rakyat pada 3.35 petang hari ini.
  • Belanjawan 2027 bertemakan “Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi” dan merupakan belanjawan kedua di bawah Rancangan Malaysia ke-13.
  • Perbahasan peringkat dasar akan berlangsung selama lapan hari bermula Isnin depan, diikuti sesi penggulungan dan perbahasan peringkat jawatankuasa.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 di Dewan Rakyat pada 3.35 petang hari ini, bagi menggariskan perancangan perbelanjaan dan hala tuju kerajaan untuk tahun hadapan.

[ SAKSIKAN DI LIVE TV ]

Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan MADANI kelima sejak pentadbiran Kerajaan MADANI dibentuk pada 2022, sekali gus meneruskan pelaksanaan agenda pembaharuan dan pembangunan negara. 

Beliau yang berbaju Melayu berwarna biru muda, tiba di lobi  Dewan Rakyat pada 3.25 petang, diiringi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying sebelum memasuki dewan persidangan pada 3.28 petang, sambil membawa beg hitam mengandungi teks ucapan Belanjawan 2027. 

“Assalamualaikum, salam sejahtera. Saya mohon mencadangkan RUU bernama suatu akta bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2027 bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan tahun itu dibacakan bagi kali yang kedua sekarang,” katanya ketika memulakan pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 bagi bacaan kali kedua, disaksikan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul  dan ahli-ahli Parlimen. 

Bertemakan “Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”, Belanjawan 2027 merupakan belanjawan kedua di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), yang menjadi kerangka pembangunan negara bagi tempoh 2026 hingga 2030. 

Pembentangan rang undang-undang itu disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan termasuk BERNAMA TV dan platform media sosial serta laman YouTube Parlimen.

Menurut takwim Dewan Rakyat, Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 akan dibahaskan pada peringkat dasar selama lapan hari oleh ahli Parlimen bermula Isnin depan.

Sesi penggulungan kementerian pula dijadualkan pada 26 hingga 29 Okt, diikuti perbahasan pada peringkat jawatankuasa dari 2 hingga 26 Nov sebelum rang undang-undang itu dipertimbang untuk kelulusan Dewan Rakyat.

Sebelum ini, Anwar berkata Belanjawan 2027 akan terus memberi tumpuan kepada usaha meringankan beban rakyat, melindungi golongan yang memerlukan, membuka lebih banyak peluang serta memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai secara lebih adil.

-- BERNAMA

 

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Siapakah yang membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 di Dewan Rakyat? 
    A: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 di Dewan Rakyat.
  • Q: Apakah tema Belanjawan 2027 yang dibentangkan? 
    A: Tema Belanjawan 2027 ialah "Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi".
  • Q: Bilakah perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 akan bermula? 
    A: Perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 akan bermula selama lapan hari oleh ahli Parlimen mulai Isnin depan.
  • Q: Apakah fokus utama Belanjawan 2027 seperti dinyatakan oleh Anwar Ibrahim? 
    A: Fokus utama Belanjawan 2027 ialah meringankan beban rakyat, melindungi golongan memerlukan, membuka lebih banyak peluang dan memastikan manfaat pembangunan dirasai secara lebih adil.
  • Q: Bagaimanakah proses kelulusan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 akan berlangsung selepas perbahasan? 
    A: Selepas perbahasan peringkat dasar, sesi penggulungan kementerian dijadualkan pada 26 hingga 29 Oktober, diikuti perbahasan peringkat jawatankuasa dari 2 hingga 26 November sebelum dipertimbang untuk kelulusan Dewan Rakyat.

Must Watch Video

Advertisement