SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kemunculan khas menerusi sebuah iklan sempena kemeriahan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Iklan terbitan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tersebut mengisahkan tentang hidangan istimewa rakyat Malaysia bersempena hari lebaran iaitu lemang.
Klip video berdurasi dua minit 36 saat tersebut turut memaparkan cara pembuatannya bermula dari proses awal hingga pembakaran yang membawa kepada kelazatan hidangan itu.
Meskipun ia merupakan makanan tradisional masyarakat Melayu, namun keunikannya yang terdiri daripada pelbagai bahan membawa simbolik terhadap kesatuan nasional yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Justeru, mengambil intipati falsafah yang terdapat dalam hidangan berkenaan, Anwar di dalam iklan berkenaan mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersatu padu membangunkan Malaysia.
“Mari kita kuatkan kesatuan rakyat Malaysia, membangunkan dan menyelamatkan negara di samping membersihkan diri bagi mengangkat martabat keluarga dan masyarakat.
“Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin buat seluruh rakyat Malaysia,” kata beliau dalam iklan itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 19 2023
Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kemunculan khas menerusi sebuah iklan sempena samnbutan Hari Raya Aidilfitri. - Gambar SINAR HARIAN
Ragbi: Malaysia muncul juara Kejohanan SEA 7s 2024
Pasukan ragbi lelaki tujuh sebelah (7s) negara mencipta sejarah muncul juara Kejohanan Tujuh Sebelah Asia Tenggara (SEA 7s) 2024.
MAPIM seru pertubuhan antarabangsa perkukuh perlindungan untuk wartawan
MAPIM menyeru pertubuhan antarabangsa dan kerajaan memperkuat perlindungan untuk wartawan memandangkan mereka turut menjalankan peranan penting dalam mengekalkan masyarakat demokrasi.
Cuaca panas: Orang ramai tidak perlu risau, KKM sentiasa pantau keadaan - Dr Dzulkefly
Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM).
Program Rakyat: Pengunjung digalak guna pengangkutan awam, elak kesesakan
Pengunjung yang ingin menghadiri Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong, dekat sini digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam yang disediakan Kementerian Pengangkutan.
Azizulhasni raih motivasi hadapi minggu mencabar di Jepun
Azizulhasni menang dua pingat emas masing-masing dalam acara pecut dan keirin pada perlumbaan Siri Trek ASEAN di Velodrom Nasional.
Tumpuan Sabtu - 04 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pengamal media rayu campur tangan antarabangsa lindungi wartawan di zon konflik
Lebih 200 wartawan maut di Gaza, Palestin sejak Oktober 2023 tetapi tidak ada tindakan diambil terhadap pelakunya.
Media perlu manfaat kebebasan bersuara, rai kemajmukan Malaysia
Pengamal media di Malaysia perlu memanfaatkan kebebasan bersuara dengan sebaiknya tanpa perlu menggugat keharmonian dan menimbulkan sebarang kekacauan di negara ini.
10 Berita Pilihan - (03 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Kes pemerasan RM1.25 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Negara berduka cita, PM Anwar utus salam takziah
Tragedi berkenaan memberi kesan yang mendalam kepada keluarga ATM dan kehilangan besar buat negara, kata Anwar.
Nasib suami isteri sakit dapat perhatian Perdana Menteri
Sumbangan wang tunai daripada PM diharap dapat bantu ringankan beban Arman Othman sekeluarga.
Anwar bertemu diaspora Malaysia di Tokyo
Seramai 416 rakyat Malaysia di Jepun berpeluang bertemu Perdana Menteri pada majlis minum petang diaspora Malaysia.
Saya tak halang atau letak syarat ketat beri peruntukan wakil rakyat - Anwar
PM mahu peraturan dihormati iaitu Ahli Parlimen pembangkang perlu melakukan rundingan bersama TPM terlebih dahulu.
PM Anwar undang Ahmad Dhani ke majlis Maulidur Rasul hari ini
Datuk Seri Anwar pula akan hadir konsert DEWA19 pada sebelah malam di Axiata Arena.
Turki setuju MAHB terus kendali Lapangan Terbang Sabiha di Istanbul - PM
Persetujuan itu disampaikan sendiri oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan kepada Datuk Seri Anwar pada pertemuan mereka di New York.
PM Anwar utus salam takziah atas kemangkatan Tunku Ampuan Najihah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuskan salam takziah di atas kemangkatan bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin hari ini.
PM Anwar dibenarkan keluar HKL pagi ini
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur pagi ini selepas menjalani prosedur pembedahan kecil gigi semalam.
PRN: Pertemuan Tun M, Muhyiddin tidak gugat sokongan terhadap PH - PM Anwar
Menjelang PRN, kelompok-kelompok tertentu akan sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan cara mereka, kata Anwar.
Kerajaan tidak benarkan sistem beraja diperolok atas nama kebebasan - PM Anwar
Kerajaan tidak akan bertolak ansur atau membenarkan sistem beraja diperolok dan diganggu-gugat atas nama kebebasan di negara ini, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.