Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan untuk semakan keputusan majoriti oleh Mahkamah Persekutuan yang enggan menjawab persoalan perlembagaan yang dikemukakannya berkaitan kesahan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Dalam permohonan yang difailkan bulan lepas melalui tetuan Chambers Leela J, Anwar mendakwa wujud ketidakadilan yang serius berikutan keputusan mahkamah yang enggan menjawab persoalan perlembagaannya.
Beliau berkata kerajaan selaku responden dalam kes itu, telah membuat keputusan bahawa prosiding sivilnya di Mahkamah Tinggi harus dibatalkan tanpa perlu didengar.
Dalam notis usulnya Anwar berkata terdapat juga pelanggaran rukun keadilan semula jadi yang serius kerana beliau tidak diberi hak untuk didengar berhubung isu itu sama ada persoalan perlembagaan yang dibangkitkan adalah abstrak, akademik atau hipotesis.
Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata majoriti membuat keputusan berdasarkan isu yang tidak pernah dibangkitkan oleh kerajaan.
Anwar memohon Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan majoriti itu dan mahu mahkamah mengeluarkan perintah yang wajar dan adil.
Pada 11 Feb, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 5-2 enggan menjawab persoalan perlembagaan yang dibangkitkan Anwar mengenai MKN.
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan yang menyampaikan keputusan majoriti itu berkata ia tidak menunjukkan bahawa kewujudan MKN telah mengganggu kehidupan peribadi Anwar.
Beliau memerintahkan kes itu dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk dibatalkan.
Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri David Wong Dak Wah (sekarang telah bersara) yang dalam kumpulan minoriti memutuskan MKN adalah tidak berperlembagaan kerana ia tidak digubal mengikut keperluan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.
Anwar memfailkan saman pemula pada 2016 untuk mencabar perlembagaan MKN, apabila mendakwa pelaksanaannya adalah tidak berperlembagaan. Beliau menamakan MKN dan kerajaan selaku defendan.
Pada 14 Mac tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Anwar di bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk merujuk perkara itu di Mahkamah Persekutuan bagi menentukan empat persoalan perlembagaan.
Selain hakim Nallini, hakim lain yang membuat keputusan majoriti adalah Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim (sekarang Hakim Besar Sabah dan Sarawak) serta Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mohd Zawawi Salleh dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Idrus Harun (sekarang Peguam Negara).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 07 2020
Anwar memfailkan saman pemula pada 2016 untuk mencabar perlembagaan MKN, apabila mendakwa pelaksanaannya adalah tidak berperlembagaan. - Gambar fail
Statistik Orang Kurang Upaya (OKU) 2023
Ini statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Orang Kurang Upaya tahun 2023.
Bilangan kumulatif OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tahun 2023 seramai 736.6 ribu.
Bilangan kumulatif OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tahun 2023 seramai 736.6 ribu.
3,856 OKU di penjawat awam tahun 2023
3,856 Orang Kurang Upaya (OKU) berkhidmat sebagai penjawat awam, tahun lalu, meningkat berbanding 3,724 orang pada tahun 2022.
Menurut Laporan Statistik OKU Malaysia 2023, kategori OKU fizikal mencatat peratusan tertinggi dengan 65.2 peratus pada 2023, diikuti OKU penglihatan (20.4 peratus) dan OKU pendengaran (8.7 peratus).
Menurut Laporan Statistik OKU Malaysia 2023, kategori OKU fizikal mencatat peratusan tertinggi dengan 65.2 peratus pada 2023, diikuti OKU penglihatan (20.4 peratus) dan OKU pendengaran (8.7 peratus).
Malaysia cipta sejarah salur ke Singapura
Malaysia cipta sejarah apabila menyalurkan tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt ke Singapura.
Kerajaan cadang nyah sulit laporan akhir pasukan petugas khas
Peguam Negara dicadang mempertimbang untuk menyah sulit laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, ia diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, ia diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Yusoff Rawther akan kemukakan representasi gugur pertuduhan
Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan semua pertuduhan yang dihadapinya.
Campur tangan Amerika Syarikat gugat pentadbiran Najib
Pasukan pembelaan dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendakwa, terdapat campur tangan politik daripada kuasa asing bagi merosakkan kedaulatan negara semasa kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku terutama semasa pentadbiran Demokratik di Amerika Syarikat (AS).
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku terutama semasa pentadbiran Demokratik di Amerika Syarikat (AS).
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 5.45 petang.
PBT perlu turap semua jalan rosak
Pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara diarah membuat penurapan jalan rosak akibat banjir menggunakan peruntukan kecemasan, selain menggerakkan SW Corp melaksanakan kerja pembersihan pascabanjir bermula minggu lalu.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Polis mengesahkan penahanan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali ramai sebagai 'Papagomo' di rumahnya di Putrajaya pada pagi Jumaat.
Ahli Parlimen, masyarakat sivil beri input pindaan Akta MKN - Anwar
Anwar Ibrahim berkata selain pandangan Ahli-Ahli Parlimen, cadangan kepada pindaan Akta MKN itu akan merangkumi pandangan daripada masyarakat sivil.
Saman Anwar untuk cabar Akta MKN ditolak
Hakim Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh.