awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar hadir majlis Madani Aidilfitri JPM, sambutan hari raya KKM

Bernama
Bernama
17/05/2023
06:54 MYT
Anwar hadir majlis Madani Aidilfitri JPM, sambutan hari raya KKM
Anwar beramah mesra bersama para tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka MADANI Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri hari ini. -BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir memeriahkan majlis Rumah Terbuka MADANI Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri di sini.
Beliau yang tiba pada kira-kira 12.46 tengah hari disambut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed.
Turut hadir ke majlis itu ialah menteri-menteri Kabinet termasuk Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Anwar meluangkan masa hampir sejam pada majlis itu dan sempat beramah mesra dengan kira-kira 3,000 penjawat awam daripada agensi dan jabatan di bawah JPM sebelum meninggalkan majlis itu.
Sementara itu, di SERDANG, Anwar turut menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan (KKM).
Anwar yang tiba kira-kira 1.30 tengah hari di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), disambut Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Suani dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.
Beliau yang meluangkan masa kira-kira 40 minit, turut menyantuni warga kerja KKM serta agensi di bawahnya yang hadir pada sambutan Aidilfitri itu.
Kira-kira 7,000 kakitangan kementerian serta tetamu disajikan dengan pelbagai juadah raya antaranya lemang, ketupat dan kambing bakar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Rumah Terbuka MADANI Aidilfitri
#KKM
#JPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan