Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dalam saman fitnahnya terhadap syarikat penerbit Utusan Malaysia, Utusan Melayu (M) Berhad dan ketua pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak berhubung wawancara beliau dengan BBC mengenai undang-undang menyentuh soal homoseksual.
Dalam penghakimannya, Hakim Datuk VT Singham memutuskan dua artikel yang diterbitkan oleh akhbar berkenaan mengandungi unsur-unsur fitnah. Ia juga bertujuan memburuk-burukkan reputasi Anwar dengan membayangkan ketua pembangkang itu tidak layak jadi pemimpin.
Sigham juga mendapati pihak defendan telah gagal membuktikan pembelaan justifikasi kerana tidak mengemukakan bukti bahawa mereka tidak bertujuan memfitnah Anwar serta telah juga gagal dalam menjalankan tanggungjawab profesional sebagai wartawan.
Hakim itu juga menarik perhatian bahawa Anwar tidak menyatakan beliau memperjuangkan hak golongan gay dan lesbian dalam wawancaranya dengan BBC.
Menurut Sigham, defendan sekurang-kurangnya boleh memohon maaf atau mendapatkan penjelasan berhubung artikel yang disiarkan tetapi sebaliknya memilih untuk tidak menghiraukan tuntutan maaf yang dihantar oleh Anwar.
Anwar pada 20 Januari 2012, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi RM50 juta berhubung dua artikel yang diterbitkan pada muka depan dan halaman 10 akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Januari 2012.
Laporan muka depan itu bertajuk "Tolak Anwar -- Hasan" memetik kenyataan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.
Singham menetapkan tarikh 15 Februari ini untuk mengumumkan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh Utusan Melayu Bhd dan ketua pengarangnya kepada Anwar.
Astro Awani
Mon Jan 21 2013


Niaga AWANI: Strategi tingkat digitalisasi perkhidmatan kesihatan
Malaysia dilapor berada 5-10 tahun kebelakang dalam tele-perubatan berbanding negara lain seperti China, Amerika Syarikat dan India. Untuk membincangkan berkenaan strategi meningkatkan digitalisi perkhidmatan kesihatan. Kita bersama, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Pemasaran Doctoroncall Malaysia, Hazwan Najib.

Kambing 'ditahan' dalam satu insiden rompakan
Polis di North Carolina berjaya menahan perompak yang sedang menggeledah sebuah rumah di Amerika Syarikat.

PKPD: Polis Tawau beri amaran jejak penduduk yang tinggalkan rumah
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata, ia perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana boleh menyebabkan wabak COVID-19 semakin merebak.

Pegawai polis, tiga anggota ditahan terlibat aktiviti pemerasan
Seorang pegawai polis dan tiga anggota ditahan selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti pemerasan.

AWANI Pagi: Pembedahan invasif minimal ( keyhole) dan robotik bagi masalah sakit puan
Setiap wanita memiliki enam organ penting pembiakan iaitu pangkal rahim, ovari, rahim, faraj, vulva dan tiub fallopian. Bersama Pakar Perbidanan & Sakit Puan, UiTM Private Specialist Centre, Dr Noorneza Abdul Rahman membincangkan mengenai alternatif kepada masalah puan. #IlhamRamadan #BukaLembaranBaharu #Ramadan2021

Jangan bantutkan usaha Malaysia jadi hab pendidikan tinggi - MQA
Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata agenda itu kini berada pada landasan yang betul dan Malaysia mampu menjayakannya.
![[TERKINI] Perkembangan terkini kes Datuk Seri Najib Tun Razak [TERKINI] Perkembangan terkini kes Datuk Seri Najib Tun Razak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899699/24021813761618366423736_640x360.jpg)
[TERKINI] Perkembangan terkini kes Datuk Seri Najib Tun Razak
Ikuti perkembangan terkini mengenai kes perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Bersama wartawan di lokasi, Hasimi Muhamad #AWANInews #HapusCOVID19

Bazar Ramadan 'Nasi Beriani Liga Muslim' ubati rindu orang Pulau Pinang
Bazar Ramadan Liga Muslim yang terkenal dengan jolokan Bazar Nasi Beriani di Pulau Pinang kembali memeriahkan suasana Ramadan tahun ini.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [14 April 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [14 April 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899697/24021813491618361654341_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [14 April 2021]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Geegee Ahmad dan Hakim Rahman dalam #AWANIpagi 14 April 2021 Antara fokus berita pagi ini merangkumi: - Banjir kilat di beberapa kawasan di ibu negara - Polis cadang Neelofa, suami dikompaun #AWANInews #BukaLembaranBaharu

AWANI Ringkas: Sidang media Ketua Polis Johor | Maut di UK, selamat disemadi di Negeri Sembilan

Anwar menang saman fitnah terhadap Utusan
Hakim VT Singham memutuskan dua artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengandungi unsur-unsur fitnah.