awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar mohon maaf, kesal atas kekecohan di Kongres AMK

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
07/12/2019
05:14 MYT
Anwar mohon maaf, kesal atas kekecohan di Kongres AMK
Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perasmian Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh hari ini. - Foto BERNAMA
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memohon maaf kepada ahli PKR dan rakyat ekoran kekecohan yang berlaku di Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2019, semalam.
Presiden PKR itu bagaimanapun meminta ahlinya agar tidak terburu-buru membuat kesimpulan dengan mendakwa mana-mana pihak terbabit dalam insiden itu.
Anwar yang berucap di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh sebentar tadi turut mengakui bahawa dirinya kesal atas apa yang berlaku dalam kongres tersebut.
“Saya minta maaf, kepada anggota parti, kepada penyokong penyokong Keadilan dan kepada rakyat kerana apa yang berlaku semalam (iaitu) mesyuarat Angkatan Muda, sesuatu yang amat dikesalkan.
“Saya telah mengarahkan supaya parti ambil tindakan segera memecat siapa sahaja yang bertanggungjawab,” tegas beliau dalam ucapannya.
BACA: Kekecohan Kongres AMK sengaja dirancang?
BACA: Kongres AMK kecoh, bekas pengerusi tetap dilarang masuk
BACA: Pergaduhan hingga kepala pecah, AMK serah pada polis
Insiden kekecohan yang berlaku pada Jumaat itu tercetus apabila pihak keselamatan cuba menghalang bekas Pengerusi Tetap AMK Mizan Adli Md Noor dari memasuki tempat persidangan.
Mizan Adli kemudian mendakwa ketua sayap parti itu, Akmal Nasir menggunakan gangster untuk menghalang beliau memasuki dewan bagi menyertai Kongres Nasional AMK 2019.
Kejadian tersebut telah mengakibatkan dua individu tercedera termasuk seorang mangsa yang terkena balingan batu.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#kongres amk
#Kongres Nasional AMK 2019
#Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan
#Kongres PKR
#PKR
#presiden
#Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka MITC Ayer Keroh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan