awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar, Prabowo bincang perkukuh hubungan Malaysia-Indonesia

Bernama
Bernama
09/01/2025
07:00 MYT
Anwar, Prabowo bincang perkukuh hubungan Malaysia-Indonesia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden Indonesia Prabowo Subianto (kanan) untuk acara Majlis Makan Tengah Hari sempena lawatan rasmi Presiden Indonesia ke Malaysia di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengadakan perbincangan tertutup yang memfokuskan kepada usaha mengukuhkan hubungan dua hala di ibu negara Malaysia pada Khamis.
Pertemuan itu diadakan semasa majlis makan tengah hari secara tertutup yang dihoskan oleh Anwar di Rumah Tangsi, sebagai sebahagian daripada lawatan kerja sehari Prabowo ke Malaysia.
Ini merupakan lawatan kerja pertama Prabowo ke Malaysia sejak memegang jawatan pada Oktober 2024.
"Lawatan ini mencerminkan hubungan istimewa antara Malaysia dan Republik Indonesia yang ditunjangi oleh kerjasama kukuh dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi, sosiobudaya, pertahanan dan keselamatan," menurut kenyataan Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra pada Khamis.
Sebaik sahaja majlis makan tengah hari selesai, Anwar dilihat menaiki kereta bersama Prabowo, yang dijadualkan berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Turut menyertai delegasi Prabowo ialah Menteri Luar Indonesia, Sugiono.
Indonesia ialah rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN pada 2023.
Jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencecah RM111.21 bilion (US$24.39 bilion) tahun lepas.
Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2024, dagangan dua hala bernilai RM95.50 bilion (US$20.75 bilion), berbanding RM94.37 bilion (US$20.69 bilion) bagi tempoh yang sama pada 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Prabowo Subianto
#Hubungan dua hala
#Malaysia
#Indonesia
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan