awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar puji resolusi UNHRC berkaitan pembakaran al-Quran di Sweden

Bernama
Bernama
21/07/2023
07:17 MYT
Anwar puji resolusi UNHRC berkaitan pembakaran al-Quran di Sweden
Anwar berkata adalah sesuatu yang malang apabila setiap langkah progresif yang diambil bagi menentang Islamophobia, ia menyalakan api kebencian dalam kalangan mereka yang berselindung di sebalik hak kebebasan bersuara. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memuji resolusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) minggu lepas berikutan insiden pembakaran al-Quran di luar masjid di Stockholm ketika perayaan Aidiladha.
UNHRC telah menerima pakai satu resolusi 'membendung kebencian terhadap agama yang mencetuskan hasutan untuk mendiskriminasi, permusuhan atau keganasan' pada 12 Julai dan antara 47 ahli majlis, 28 negara anggota mengundi menyokong resolusi tersebut termasuk Malaysia, 12 menentang manakala tujuh berkecuali.
Bagaimanapun, Anwar berkata adalah sesuatu yang malang apabila setiap langkah progresif yang diambil bagi menentang Islamophobia, ia menyalakan api kebencian dalam kalangan mereka yang berselindung di sebalik hak kebebasan bersuara, seperti yang ditunjukkan negara anggota yang menentangnya.
"Walaupun UNHRC dengan berani menentang kebencian ini, saya berharap para penentang melihat semula pilihan mereka itu, dengan melakukan segala yang termampu untuk memastikan tindakan dan kata-kata mereka itu tidak menjadi penghalang, ketidakadilan, terhadap badan mulia yang disertai atau hak asasi manusia yang mereka pertahankan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata berselindung tanpa rasa malu di sebalik kebebasan bersuara, membolehkannya disalah guna dalam mewajarkan kebencian dan kekejaman daripada menentang kezaliman.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Sweden
#bakar al-Quran
#UNHRC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan