awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar sahkan Rafizi hadir mesyuarat MPP PKR

Bernama
Bernama
05/05/2025
11:45 MYT
Anwar sahkan Rafizi hadir mesyuarat MPP PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Program Temu Anwar Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Management and Science University (MSU), Shah Alam, hari ini. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan timbalannya Datuk Seri Rafizi Ramli yang juga Menteri Ekonomi telah hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu di Putrajaya, semalam.
Beliau berkata mesyuarat itu antara lain membincangkan mengenai keputusan pemilihan PKR yang diadakan baru-baru ini.
"Semalam (Rafizi) hadir, kita bincang mengenai keputusan Pemilihan PKR, baik.. Alhamdulillah," katanya ketika ditemui selepas program Temu Anwar Universiti Swasta di Dewan Canselor Management and Science University (MSU) di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya sama ada Rafizi hadir pada mesyuarat tersebut berikutan laporan menyatakan Ahli Parlimen Pandan itu sedang bercuti untuk suatu tempoh yang lama.
Semalam tular gambar Rafizi yang memakai baju berkotak hitam putih duduk di sebelah Anwar selepas dimuat naik oleh ahli MPP PKR, Datuk Hans Isaac di InstaStory.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden PKR Anwar Ibrahim
#Rafizi Ramli
#hadir
#mesyuarat MPP PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan