Skip to main content

Malaysia

Anwar tiba di Dewan Rakyat untuk bentang Belanjawan MADANI 2027

Anwar (dua, kanan), yang juga Menteri Kewangan, bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bergambar kenangan sebelum bertolak ke Bangunan Parlimen bagi membentangkan Belanjawan 2027, hari ini. -Gambar Bernama
Anwar (dua, kanan), yang juga Menteri Kewangan, bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bergambar kenangan sebelum bertolak ke Bangunan Parlimen bagi membentangkan Belanjawan 2027, hari ini. -Gambar Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan MADANI 2027 di Dewan Rakyat pada jam 3.30 petang, Jumaat.
  • Pembentangan belanjawan kali ini dilakukan setengah jam lebih awal daripada kebiasaan, iaitu pada pukul 4 petang.
  • Belanjawan MADANI Kelima ini bertujuan mengekalkan momentum ekonomi, memperbaiki taraf hidup rakyat dan memperkukuh tatakelola negara.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dewan Rakyat pada jam 3.25 bagi membentangkan Belanjawan MADANI 2027 yang dijadualkan bermula pukul 3.30 petang, pada Jumaat.

[ SAKSIKAN DI LIVE TV SEKARANG ]

Beliau yang memakai baju Melayu berwarna biru muda dan bersamping itu sempat menyapa sekumpulan petugas media.

Anwar dilihat membawa beg dokumen berisi teks ucapan pembentangan belanjawan itu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan sebelum itu tiba di bangunan Perbendaharaan Malaysia kira-kira pukul 2 petang selepas selesai menunaikan solat Jumaat, Masjid Putra, di Putrajaya.

Belanjawan kali ini dibentangkan setengah jam lebih awal dari waktu kebiasaannya iaitu pada 4 petang.

Belanjawan MADANI Kelima yang bertemakan 'Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi', adalah belanjawan kedua di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Belanjawan ini dibentangkan ketika kerajaan berhasrat mengekalkan momentum ekonomi di samping meningkatkan siling pertumbuhan negara, memperbaiki taraf hidup rakyat dan memperkukuh tatakelola.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Siapakah yang membentangkan Belanjawan MADANI 2027 di Dewan Rakyat? 
    A: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan MADANI 2027 di Dewan Rakyat.
  • Q: Pada pukul berapakah pembentangan Belanjawan MADANI 2027 bermula? 
    A: Pembentangan Belanjawan MADANI 2027 bermula pada pukul 3.30 petang, setengah jam lebih awal daripada kebiasaan.
  • Q: Apakah tema Belanjawan MADANI Kelima yang dibentangkan? 
    A: Tema Belanjawan MADANI Kelima ialah 'Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi'.
  • Q: Di bawah rancangan mana Belanjawan MADANI 2027 ini dibentangkan? 
    A: Belanjawan MADANI 2027 adalah belanjawan kedua di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
  • Q: Apakah matlamat utama pembentangan Belanjawan MADANI 2027? 
    A: Matlamat utama pembentangan adalah mengekalkan momentum ekonomi, meningkatkan siling pertumbuhan negara, memperbaiki taraf hidup rakyat dan memperkukuh tatakelola.

Must Watch Video

Advertisement