MALAYSIA
Anwar tinjau SM Sains Alam Shah, lokasi kebakaran semalam

Anwar bertanyakan sesuatu kepada Pengarah JBPM Kuala Lumpur, Hassan 'As'ari Omar (dua, kiri) ketika melawat bangunan pentadbiran SM Sains Alam Shah, Cheras yang musnah dalam kebakaran, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau lokasi bangunan pentadbiran Sekolah Menengah (SM) Sains Alam Shah di Cheras yang musnah dalam kebakaran awal pagi Selasa lepas.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim melawat lokasi kebakaran di SM Sains Alam Shah, meninjau kesan kejadian dan menerima taklimat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat.
- Turut hadir beberapa pemimpin termasuk Dr Wan Azizah, serta lawatan dilakukan ke tapak cadangan pembinaan bilik guru sementara dan sesi bertemu warga sekolah.
- Kebakaran awal pagi Selasa memusnahkan tingkat tiga bangunan pentadbiran sekolah, namun tiada mangsa terlibat dalam insiden tersebut.
Perdana Menteri turut melawat tapak cadangan pembinaan bilik guru sementara serta beramah mesra dengan para pelajar dan warga pendidik sekolah berkenaan.
Selasa lepas Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada 4.15 pagi.
Kenyataan itu memaklumkan tingkat tiga bangunan berkenaan yang antara lain menempatkan bilik guru, bilik mesyuarat, bilik fail, makmal dan beberapa bilik lain musnah dalam kebakaran, namun tiada mangsa terlibat.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami