Skip to main content

Malaysia

Pantai Timur Sabah alami gangguan bekalan elektrik, jejas lebih 230,000 pengguna

Tangkap layar video tular yang menunjukkan sebuah menara penghantaran bekalan elektrik milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) tumbang.
Tangkap layar video tular yang menunjukkan sebuah menara penghantaran bekalan elektrik milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) tumbang.
Advertisement

LAHAD DATU: Seluruh kawasan Pantai Timur Sabah dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik, sekali gus menjejaskan lebih 230,000 pengguna di wilayah berkenaan.

Menurut sumber, gangguan itu dipercayai berpunca daripada sebuah menara penghantaran bekalan elektrik milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang tumbang.

Bekalan elektrik dijangka mengambil masa untuk dipulihkan bergantung kepada tahap kerosakan serta kerja-kerja pembaikan yang perlu dilaksanakan.

Advertisement

Ketika dihubungi, pihak SESB memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan media rasmi hari ini bagi menjelaskan situasi sebenar, termasuk punca kejadian dan perkembangan usaha pemulihan bekalan elektrik.

Insiden berkenaan turut mengimbau kejadian pada 13 September 2025 apabila sebuah menara penghantaran elektrik 275 kilovolt (kV) di Kampung Sarapung, Penampang, tumbang akibat tanah runtuh.

Advertisement

Kejadian itu mengakibatkan gangguan bekalan elektrik besar-besaran di beberapa daerah di Pantai Timur Sabah, termasuk Sandakan, Lahad Datu, Kinabatangan, Kunak, Semporna dan Beluran.

Susulan kejadian itu, kerja-kerja pemulihan dilaksanakan termasuk pemasangan menara kecemasan bagi membolehkan talian penghantaran Kolopis-Segaliud kembali beroperasi.

Bekalan elektrik berjaya dipulihkan sepenuhnya pada 17 September 2025, kira-kira empat hari selepas kejadian berlaku.
 

 

 

Must Watch Video

Advertisement