Skip to main content

Malaysia

Anwar ucap tahniah Malaysia juara kuadran Piala Dunia Sepak Takraw 2026

KUALA LUMPUR, 19 Mei -- Pemain sepak takraw kebangsaan meraikan kemenangan selepas beraksi menentang India pada perlawanan akhir acara kuadran pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa hari ini.  Skuad negara yang dibarisi Muhammad Afifuddin, Muhammad Shahalril Aiman Halim, Muhammad Fetri Mohd Halim, Amirul Zazwan Amir dan Aidil Aiman Azwawi berjaya menewaskan pasukan India sekali gus menjuarai acara itu.  Malaysia menang dengan keputusan 2-0.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELI
Pemain sepak takraw kebangsaan meraikan kemenangan selepas beraksi menentang India pada perlawanan akhir acara kuadran pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad kuadron negara atas kejayaan muncul juara Piala Dunia Sepak Takraw 2026, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata kejayaan itu bukan sekadar mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia, malah membuktikan anak watan memiliki kecekalan, kesatuan tekad dan kemampuan untuk terus bersaing serta mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa.

“Syabas wira negara. Semangat juang yang dipamerkan menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Tahniah,” kata beliau.

Malaysia menjulang trofi sulung acara kuadran selepas ‘merejam’ India 2-0 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Titiwangsa di sini malam tadi. 

Skuad negara yang dibarisi Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Muhammad Shahalril Aiman Halim, Amirul Zazwan Amir dan Aidil Aiman Azwawi itu menerima tonik tambahan hasil sokongan luar biasa kira-kira 3,000 penonton yang membanjiri stadium yang juga dikenali Home of Sepak Takraw itu. 

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement