Skip to main content

Malaysia

Anwar ucap takziah atas pemergian Datuk Yahya Lampong

Menerima khabar duka pemergian mantan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Yahya Lampong yang telah kembali ke rahmatullah hari ini.
Menerusi hantaran di media sosial, Anwar turut menyampaikan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham.- Gambar Anwar Ibrahim/Facebook
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan bekas Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Yahya Lampong yang meninggal dunia hari ini.

Menerusi hantaran di media sosial pada Isnin, Anwar turut menyampaikan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham.

“Menerima khabar duka pemergian mantan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Yahya Lampong yang telah kembali ke rahmatullah hari ini.

“Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa, menerima amal kebajikan dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan orang beriman. Al-fatihah,' katanya.

Terdahulu, Astro AWANI melaporkan bekas Ahli Parlimen itu meninggal dunia pada usia 86 tahun di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada kira-kira 6 pagi tadi.

Berita pemergian bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar itu disahkan anaknya Masley Yahya menerusi hantaran di Facebook, namun tidak menyebut punca kematian.

Must Watch Video

Advertisement