KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga guru bahasa Inggeris Anne Ooi atau lebih dikenali sebagai 'Aunty Bersih' yang meninggal dunia Isnin.
Anwar menyifatkan mendiang yang meninggal dunia pada usia 78 tahun akan dikenang sebagai aktivis gigih dan menjadi teladan kepada generasi penerus untuk terus mendesak membawa perubahan.
"Saya ucap takziah kepada keluarga mendiang Anne, dan mendiang ternyata terus gagah di depan menjadi antara ikon rakyat sehingga akhir hayat," katanya menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook.
Turut mengucapkan takziah ialah Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang memaklumkan mendiang menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Australia, dan beliau turut menyentuh detik perkenalan mereka yang telah lama terjalin, terutama menerusi anak perempuan mendiang.
"Saya memang sudah lama kenal dengan mendiang, menerusi anak perempuannya Elaine Pedley, penari-koreografer dan sahabat yang dekat dengan keluarga. Kami saling mengenali, dan bertambah rapat di jalan-jalan di Kuala Lumpur, dalam perhimpunan, perjumpaan (termasuk Bersih), sejak beberapa tahun lepas.
"Takziah kepada Elaine, Philip dan keluarga. Semoga anda diberikan kekuatan dan bertenang dalam saat-saat yang sukar ini. Terima asih Aunty Anne. Semoga dikau tenang di sana," katanya.
Fahmi turut memuat naik gambar hitam putih mendiang memegang bunga kekwa dalam keadaan basah di luar Hospital Tung Shin di sini, menjadi imej yang menterjemahkan perhimpunan Bersih 2 pada 9 Julai 2011.
"Imej ini akan terus akan selama-lamanya merakamkan semangatnya yang gigih dan perjuangannya, dalam usaha kita untuk membina negara Malaysia yang lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Anne Ooi yang lebih dikenali sebagai 'Aunty Bersih' meninggal dunia pada Isnin lalu. - Facebook Anwar Ibrahim
Perkhidmatan trem percuma di Putrajaya sehingga Julai
Sekiranya semua berjalan lancar, perkhidmatan trem itu dijangka bermula akhir tahun ini.
AWANI Ringkas: Dibebaskan tanpa syarat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] SQ321 | KLN sahkan 9 penumpang, 1 anak kapal dalam keadaan stabil
Wisma Putra sahkan 9 rakyat Malaysia termasuk 1 krew merupakan mangsa gelora udara pesawat Singapore Airlines Penerbangan SQ321 dari London ke Singapura. 8 daripadanya menerima rawatan di dua hospital berasingan di Bangkok dan berada dalam keadaan stabil.
Gordon Bell, pencipta minikomputer meninggal dunia
Kemajuan teknologi minikomputer membuka jalan kepada terciptanya PC desktop lebih kecil dan kini komputer mudah alih di tangan anda sekarang.
Sembilan rakyat Malaysia antara mangsa insiden gelora udara Singapore Airlines
Lapan orang daripada mereka mengalami kecederaan dan sedang dirawat di dua buah hospital di Bangkok.
TPM, Menteri Kabinet zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Perbezaan kaum dan agama merupakan keunikan yang mengeratkan masyarakat majmuk di Malaysia.
Maya Karin belajar tarian tango demi 'The Experts'
Walaupun babak tarian Tango hanya muncul sekitar lima minit dalam filem 'The Experts', penyanyi dan pelakon, Maya Karin memberi sepenuh komitmen agar dapat menyempurnakan gerak tarian yang terkenal di
Tekad kerajaan Madani laksana rasionalisasi subsidi
Pengarah dan Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS)
Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Md Shukri Shuib berkongsi pandangan beliau berkenaan reformasi ekonomi menerusi penyasaran subsidi susulan Perutusan Negara oleh Perdana Menteri pada Selasa.
Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Md Shukri Shuib berkongsi pandangan beliau berkenaan reformasi ekonomi menerusi penyasaran subsidi susulan Perutusan Negara oleh Perdana Menteri pada Selasa.
Imigresen tahan 15 wanita warga asing di pusat hiburan
Mereka terdiri daripada warga Thailand, Indonesia dan Vietnam berusia antara 25 hingga 30 tahun.
Perkasa PMKS melalui sistem kawalan dalaman
Kupasan bersama Profesor Madya Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, UPM, Profesor Madya Dr Mazlina Mustapha.
Anwar ucap takziah kepada keluarga 'Aunty Bersih'
Katanya, mendiang akan dikenang sebagai aktivis gigih dan menjadi teladan kepada generasi penerus untuk terus mendesak membawa perubahan.