awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen tahan 15 wanita warga asing di pusat hiburan

Bernama
Bernama
22/05/2024
02:50 MYT
Imigresen tahan 15 wanita warga asing di pusat hiburan
Kesemua wanita terbabit didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan pas lawatan kerja sementara. - Foto X/@imigresenmy
GEORGE TOWN: Jabatan Imigresen (JIM) Pulau Pinang menahan 15 wanita warga asing disyaki menjadi peneman berhibur dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Lebuh Farquhar di sini, malam tadi.
Pengarah JIM Pulau Pinang Nur Zulfa Ibrahim berkata mereka terdiri daripada warga Thailand, Indonesia dan Vietnam berusia antara 25 hingga 30 tahun.
"Mereka didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 antaranya tinggal lebih masa di negara ini, tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan menyalahgunakan pas," katanya hari ini.
Beliau berkata kesemua wanita terbabit didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan pas lawatan kerja sementara serta mempunyai pekerjaan lain sebagai tukang cuci pejabat, pembantu restoran dan pekerja spa.
Menurut Nur Zulfa, mereka dikatakan cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan memberi alasan datang ke pusat hiburan berkenaan atas jemputan rakan, selain mahu meraikan hari lahir kenalan kepada rakan tetapi sebenarnya menjadi peneman kepada lelaki yang datang berhibur di situ.
"Operasi bermula 11.15 malam itu dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa JIM Pulau Pinang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK) Izham Idris," katanya menambah kesemua yang ditahan dibawa ke Depoh Imigresen Juru untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#peneman berhibur
#pusat hiburan
#Imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan