awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar, Zahid ucap tahniah sempena ulang tahun keputeraan Sultan Johor

Bernama
Bernama
22/11/2023
14:27 MYT
Anwar, Zahid ucap tahniah sempena ulang tahun keputeraan Sultan Johor
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar mendoakan semoga baginda serta seluruh Kerabat Diraja dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan mengucapkan tahniah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan baginda ke-65, hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar mendoakan semoga baginda serta seluruh Kerabat Diraja dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam catatan di Facebooknya turut merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Ibrahim.
"Semoga Ke Bawah Duli Tuanku, Permaisuri Johor dan seluruh ahli keluarga sentiasa mendapat perlindungan dari Allah SWT, sihat wal'afiat dan dilimpahi rahmat serta nikmat kesejahteraan yang berpanjangan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ulang Tahun Keputeraan
#Sultan Johor
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Ahmad Zahid Hamidi
#ucap tahniah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan